34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    XTRA XSTAR 2025: Pencarian Bintang Baharu Industri Muzik Bermula Lagi!

    Shopee Sale

    Portal hiburan XTRA sekali lagi menghangatkan dunia digital dengan kempen pencarian bakat paling dinanti, XTRA XSTAR 2025. 

    XTRA XSTAR kembali lagi

    Program ini membuka ruang luas kepada individu berbakat untuk menonjolkan kemampuan nyanyian mereka menerusi platform media sosial.

    Kejayaan musim pertama tahun lalu yang melahirkan Zahra sebagai juara sulung menjadi bukti bahawa bakat baharu boleh lahir hanya melalui ruang digital. Kini, anak muda berusia 19 tahun itu bergelar artis rakaman Alternate Records & Talents serta baru melancarkan single debut berjudul Janjiku Padamu ciptaan Amsyar Sabri dan Emeer Bakri.

    Menurut Pengurus Kempen XTRA XSTAR 2025 merangkap Ketua Pengarang XTRA, Muhammad Kamaruddin Mohd Razal, musim kali ini dijangka membawa impak lebih besar.

    Musim pertama XTRA XSTAR membuktikan bahawa bakat boleh lahir daripada ruang digital semata-mata. Zahra yang pada awalnya busking, hanya menghantar video nyanyian dan kini sudah melangkah ke industri profesional dengan single debutnya, Janjiku Padamu. Melihat kejayaan itu, kami percaya musim kedua ini mampu melahirkan lebih ramai bintang baharu.

    Tambahnya lagi, platform digital kini memberi peluang untuk peserta mengetengahkan kreativiti dan personaliti mereka dengan cara tersendiri.

    Melalui XTRA XSTAR 2025, kami membuka peluang kepada semua individu yang mempunyai minat dan kebolehan untuk tampil menunjukkan kreativiti serta personaliti mereka.

    Platform digital seperti TikTok bukan sahaja memudahkan penyertaan, malah memberi ruang luas untuk peserta mengetengahkan gaya persembahan unik mereka.

    Format Pertandingan

    MENARIK:  [VIDEO] Farra Inalis Kemas Sepah Sisa Makanan Anak, Netizen Sifatkan ‘Beauty With Manners’ – ‘Tak Ramai Yang Buat’

    • Penyertaan dibuka sekarang hingga 15 September 2025 untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira usia dan bangsa.

    • 20 peserta akan dipilih ke pusingan seterusnya oleh panel juri profesional.

    • Undian peminat di portal XTRA akan menentukan Top 5.

    • Finalis akan berentap secara langsung di Studio Balai Berita Bangsar, Media Prima Berhad, dengan siaran langsung di TikTok rasmi XTRA.

    Cara Penyertaan

    1. Rakam video nyanyian di TikTok.

    2. Tetapkan akaun kepada umum.

    3. Gunakan hashtag #XTRAXSTAR2025 dan tag @xtra_my.

    4. Pastikan tidak terikat dengan kontrak rakaman atau pengurusan lain.

    Juara bakal membawa pulang kontrak rakaman & pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents, selain liputan meluas di pelbagai platform Media Prima.

    Peserta akan dinilai berdasarkan kreativiti, kualiti vokal dan keunikan persembahan oleh juri berpengalaman seperti Marsha Milan, Puteri Khareeza dan Bob Yusof.

    Untuk info lanjut, layari http://www.xtra.com.my/xtraxstar2025 atau ikuti @xtra_my di TikTok, Instagram, Facebook, X dan Threads.

    The post XTRA XSTAR 2025: Pencarian Bintang Baharu Industri Muzik Bermula Lagi! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah