30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ikon AJL40: Hael Husaini Pernah Hampir Putus Asa, Faizal Tahir Anggap Anugerah Satu Bonus

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Hael Husaini serta Faizal Tahir meluahkan rasa syukur apabila diiktiraf sebagai penerima Anugerah Ikon sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40.

    Artikel Berkaitan: Karya Beri Impak, Menggetar Jiwa: Ini Legasi Faizal Tahir & Hael Husaini Hingga Diangkat Sebagai Ikon AJL 40

    Artikel Berkaitan: AJL40 Angkat Tema Evolusi & Masa Depan Muzik Malaysia, Faizal Tahir & Hael Husaini Terima Anugerah Ikon

    Hael Husaini imbau detik hampir putus asa

    Ketika ditemui , Hael atau nama lengkapnya Hael Husaini Razmi, 39, mengenang kembali perjalanan yang dilaluinya sepanjang hampir dua dekad bergelar anak seni.

    Menurut Hael, dia hampir berputus asa untuk menceburi bidang nyanyian selepas beberapa kali gagal dalam pertandingan program realiti.

    Sampai satu tahap saya rasa macam, okeylah saya bekerja di belakang tabir.

    Bagaimanapun, berkat usaha dan tidak berputus asa akhirnya membuahkan hasil apabila pelantun dan pencipta lagu Jampi ini berjaya membolosi ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-32 dan merangkul gelaran juara.

    Saya menyanyikan sendiri lagu Jampi itu dan alhamdulillah menjadi. Terbukalah rezeki saya di pentas AJL.

    Dalam masa sama, Hael turut berkongsi kenangan ketika menghadiri uji bakat program One in a Million (OIAM) pada 2008 bersama Faizal Tahir.

    Saya tengah menyanyi, Faizal tolong bisikkan lirik masa itu. Mungkin rezeki saya lambat sedikit.

    Daripada program itu sampailah sekarang, dia sentiasa menjadi inspirasi saya. Alhamdulillah hari ini saya dapat berdiri bersama salah seorang idola saya dalam industri muzik.

    Faizal Tahir tak sangka dinobat Ikon AJL40

    Sementara itu, Faizal mengakui tidak menyangka dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon AJL 40 kerana merasakan masih ramai lagi individu yang layak menerima penghargaan berkenaan.

    Saya tak pasti apa yang saya dah buat untuk layak menerima anugerah ini. Setiap kali berkarya, saya mahu sampaikan apa yang saya rasa patut disampaikan. Bagi saya anugerah seperti satu bonus yang sangat besar.

    Saya selalu letakkan dalam diri yang saya tak pernah berkarya untuk mengharapkan apa-apa anugerah ataupun pengiktirafan yang besar.

    Jujurnya benda-benda macam ni yang membuatkan saya susah untuk berhenti berkarya, sebab orang masih menghargai.

    Cuma saya berharap anugerah seperti ini dapat menjadi inspirasi kepada bakat baharu dan anak seni yang ingin memulakan langkah dalam industri agar mereka melihat pengiktirafan ini sebagai penghargaan atas segala usaha dan kerja keras yang dicurahkan.

    Pada masa sama, pelantun lagu Assalamualaikum itu turut menegaskan dia tidak akan kembali bertanding di pentas AJL.

    Memang saya takkan bertanding, insya-Allah. Apa-apa pun saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengkarya, produksi, pemuzik, semua orang yang terbabit dengan AJL daripada mula sampailah sekarang.

    Bagi saya AJL adalah sebuah program legenda.

    Untuk info, Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) bertemakan Meraikan 4 Dekad Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia dengan mesej Love Your Legacy Elevate Your Future.

    MENARIK:  Wanita Hampir Dipukau Oleh Dua Warga Asing Di Ibu Kota Ketika Mengalami Detik Cemas - 'Mereka Tanya Tempat Money Changer'

    AJL40 akan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos 2026, bermula pukul 9 malam dan disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta platform penstriman Tonton.

    Sepuluh finalis yang bakal berentap ialah Dayang Nurfaizah (Lemah), Aina Abdul (Kamu), Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa), Wani Kayrie (Cak Cak Cekuk), K.O.I (Tiwikarma), Amir Masdi (Nurcinta), Aisha Retno (Tak Adil), Hazama (Semacam Pandora) serta Ryenald Guntabid menerusi Lumangad Oku Dika.

    Naz Rahman dan Sissy Imann sekali lagi diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai hos utama, manakala Fizi Ali dan Fiza Frizzy mengendalikan liputan karpet merah serta belakang pentas.

    The post Ikon AJL40: Hael Husaini Pernah Hampir Putus Asa, Faizal Tahir Anggap Anugerah Satu Bonus first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah