33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan sembilan warga China disyaki terbabit penipuan saham

    Shopee Sale

    Polis menahan sembilan lelaki warga China disyaki terbabit aktiviti penipuan saham dalam talian di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek, yang berusia lingkungan 24 hingga 42 tahun, ditahan dalam serbuan antara 12 tengah hari hingga 2 petang oleh Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

    Beliau berkata pihaknya turut merampas 23 telefon bimbit pelbagai jenama, sembilan komputer riba dan beberapa peralatan elektronik serta wang tunai RM2,500.

    MENARIK:  Zahid beri ‘nasihat terbaik’, Akmal umum pendirian esok

    “Siasatan awal mendapati premis terbabit beroperasi sejak dua bulan lepas dengan menyasarkan mangsa warga China.

    “Modus operanandi sindiket ini berperananan sebagai pasukan sokongan bagi memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan dari sudut pendaftaran akaun melalui laman sesawang yang kononnya platform rasmi syarikat pelaburan antarabangsa,” katanya ketika dihubungi.

    Fadil berkata ketika serbuan, terdapat seorang penyelia dan lapan pekerja yang masing-masing ditawarkan gaji RM3,000 sebulan.

    Kesemua suspek serta barang rampasan dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah