28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanna Ali Mengidam Ais Semasa Berbadan Dua – ‘Hari-Hari Kena Kunyah’

    Shopee Sale

    Rata-rata wanita mengandung akan mengalami fasa mengidam, termasuk pelakon Wanna Ali yang baru sahaja mengumumkan berita kehamilannya baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanna Ali Hamil Anak Sulung, Syukur Dengan Aturan Allah

    Artikel Berkaitan: ‘Memang Susah Nak Cari Lelaki Provider, Good Luck Kepada Wanita Di Luar Sana’ – Wanna Ali

    Mengidam ais

    Menerusi perkongsian di Threads, Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali mendedahkan bahawa dirinya kini gemar menguyah ais setiap hari.

    Apa keinginan pelik awak semasa mengandung? Dulu saya selalu judge kakak sebab dia suka kunyah ais, saya memang tak faham.

    Tapi sekarang bila saya yang mengandung, hari-hari kena kunyah ais.

    Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Sekadar Lafaz tersebut turut memaklumkan bahawa ibu mentuanya juga pernah mengalami perkara yang sama.

    Ramai rupanya ibu hamil yang suka kunyah ais! Ibu mentua saya pun sama.

    Saya tak tahu, tapi rasa puas sangat-sangat.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman mereka mengidam ketika hamil.

    MENARIK:  'Apabila Diberi Anak oleh Allah, Mengapa Perlu Bertindak Sedemikian? – Fynn Jamal Berharap Mizz Nina & Noh Mengesampingkan Ego dan Memberi Keutamaan kepada Anak'

    Terdahulu, Wanna mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung dan dijangkakan bakal melahirkan zuriatnya itu lebih kurang tiga bulan lagi.

    Untuk rekod, Wanna dan suami, Khairil Amri Khalid selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup pada 9 Februari tahun lalu.

    Sumber: Threads Wanna Ali

    The post Wanna Ali Mengidam Ais Semasa Berbadan Dua – ‘Hari-Hari Kena Kunyah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah