31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Fitnah Ubai Mz ‘Biawak Hidup’ & Ditanggung Shila Amzah Tampil Mohon Maaf – ‘Saya Amat Kesal’

    Shopee Sale

    Sedar dirinya melakukan kesilapan, seorang wanita tampil memohon maaf susulan komennya yang mendakwa penyanyi, Shila Amzah terpaksa bekerja keras demi menampung keluarga dan suaminya, Ubai Mz.

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Seminit Pun Saya Rasa Sunyi’ – Shila Amzah Sifatkan Ubai Sebagai Pelindung Keluarga

    Menyesal dengan kesilapan dibuat

    Menerusi video dimuat naik di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Wana itu turut mengakui kesilapannya serta menyesali tindakan yang dilakukan.

    Ujarnya, dia tidak mempunyai niat untuk mengaibkan Shila mahupun Ubai.

    Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Ubai dan Shila atas komen dan tindakan saya yang telah menyinggung perasaan mereka berdua.

    Saya amat kesal dan sedar bahawa perbuatan saya walaupun tidak berniat buruk telah memberi kesan yang tidak baik buat mereka.

    Saya tidak bermaksud untuk mengaibkan atau menyakiti Ubai atau Shila. Sebagai manusia biasa saya akui saya juga tidak lari daripada melakukan kesilapan.

    Janji tak buat lagi

    Dalam pada itu, wanita berkenaan berharap Shila dan Ubai sudi memaafkannya serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu.

    Saya berdoa agar Ubai dan Shila dapat menerima permohonaan maaf saya ini dengan hati terbuka. Saya ambil perkara ini sebagai pengajaran besar dan akan lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian atas tindakan saya selepas ini

    Sekali lagi saya memohon maaf, semoga Allah melembutkan hati kita semua dan memberi ruang untuk saling bermaafan.

    Saya ingin ucapkan terima kasih kerana mahu mendengar permohonan maaf daripada saya.

    Walau bagaimanapun, dapat Ohbulan! mendapati wanita tersebut telah pun memadam hantaran video yang dibuat.

    MENARIK:  Tawar Pengalaman Terbaik Kepada Pengguna, Ini Dua Produk Inovatif Terbaharu HUAWEI

    Sebelum ini, seorang pengguna media sosial mendakwa Ubai tidak berkerja dan kononnya pempengaruh itu hanya bergantung sepenuhnya kepada Shila.

    Terkesan dengan tuduhan berbaur fitnah tersebut, Ubai mencari individu terbabit untuk menuntut penjelasan berhubung fitnah dibuat.

    Untuk rekod, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu.

    Shila juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Seth Uwais hasil perkahwinan dengan bekas suami Haris Edraki.

    Sumber: TikTok

    The post Wanita Fitnah Ubai Mz ‘Biawak Hidup’ & Ditanggung Shila Amzah Tampil Mohon Maaf – ‘Saya Amat Kesal’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah