28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Dibun*h Ketika Solat, Suspek Didakwa Guna Duit Simpanan Mangsa

    Shopee Sale

    Seorang wanita berusia 59 tahun maut dibunuh didakwa kerana hal berkaitan dengan masalah kewangan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sesiapa Yang Lakukan Dosa Bunuh, Kalian Akan Diheret Oleh Mangsa Di Mahsyar Nanti’ – Ustaz Wadi Annuar

    Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan 16 Tahun Maut Ditikam Pelajar Lelaki 14 Tahun

    Suspek pukul mangsa dua kali

    Memetik laporan Detik News, polis memaklumkan, mangsa telah dibunuh ketika sedang menunaikan solat fardu maghrib di rumahnya di Cisarua Bogor, Indonesia, pada 21 November lalu.

    Pegawai polis iaitu Kasat Reskrim Polres Bogor, AKP Anggi Eko Prasetyo, berkongsi kronologi insiden tersebut.

    Kejadian itu bermula apabila mangsa menuntut semula wang simpanannya berjumlah Rp12,450,000 bersamaan RM 3,088 daripada suspek pada 20 November lalu iaitu sekitar jam 11.00 pagi.

    Suspek datang ke rumah mangsa untuk membincangkan perkara tersebut sebelum mengakui bahawa wang itu telah digunakan dan meminta kelonggaran memulangkannya semula.

    Pada waktu maghrib, mangsa sedang menunaikan solat, secara tiba-tiba suspek mengambil sebatang kayu dari dapur dan menghampiri mangsa lalu memukul kepalanya ketika sedang sujud.

    Selepas dari serangan pertama itu, mangsa kemudian berada dalam keadaan terlentang. Suspek didakwa memukulnya sebanyak dua kali malah sempat meminjam wang Rp1 juta iaitu kira-kira RM 248.

    Mereka berdua sempat berbincang dan suspek meminjam wang sebanyak Rp1 juta daripada mangsa.

    Dalam pada itu, suspek berkenaan turut menyerahkan barangan kemas berupa gelang dan cincin kepada mangsa. Suspek ingin membawa mangsa ke hospital, namun dia menolak untuk menerima rawatan.

    Suspek sempat meminta maaf dan mengajak mangsa ke hospital tetapi ditolak, lalu mereka kembali bertengkar dan suspek sempat memulangkan barang kemas kepadanya.

    Difahamkan mangsa kemudian menarik rambut suspek berusia 32 tahun itu sebelum wajahnya didakwa ditekup menggunakan bantal sehingga sesak nafas.

    Wajah mangsa ditekup dengan bantal sehingga sesak nafas dan suspek duduk di dada mangsa.

    Suspek kemudian mengambil pisau di bilik mangsa lalu menikam dadanya.

    Selepas dari kejadian tersebut, suspek melarikan diri dengan membawa telefon bimbit dan barang kemas milik mangsa.

    Suspek cuba menipu keluarga mangsa dengan berkata mangsa tidak dapat dihubungi kerana sedang menghadiri pengajian, sambil memeriksa sama ada keluarga datang ke rumah atau tidak.

    Sementara itu, pihak polis iaitu Kapolres Bogor AKBP Wikha Ardilestanto, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa suspek telah berjaya ditangkap.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kalau Ditakdirkan Isteri Saya Sudah Tiada, Mungkin Saya Tak Akan Kahwin Lagi’ – Aliff Syukri

    Sumber: Detik News, Tribun News

    The post Wanita Dibun*h Ketika Solat, Suspek Didakwa Guna Duit Simpanan Mangsa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah