31 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dikecam Bagi Kucing Makan Coklat, Ameera Khan Respon – ‘Sedikit Sahaja, Tak Beri Selalu’

    Shopee Sale

    Selebriti media sosial, Ameera Khan dikecam selepas tindakannya membiarkan kucing peliharaannya menjilat coklat.

    Artikel Berkaitan: Ameera Khan ‘Comeback’ Jual Chocotub, Netizen Teruja Nak Beli

    Bagi kucing makan coklat

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Ameera atau mesra disapa LMK dilihat sedang menikmati pencuci mulut yang mengandungi taburan coklat sebelum kucing peliharaannya menjilat coklat yang berada di atas sudu.

    Bagaimanapun, Ameera tidak menghalang kucing berkenaan daripada menjilat makanan tersebut, malah membiarkannya berbuat demikian beberapa kali.

    Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang mempersoalkan tindakannya memberikan coklat kepada haiwan peliharaan.

    Menjawab kebimbangan netizen, adik kepada usahawan dan selebriti, Noor Neelofa itu menjelaskan kucingnya hanya menjilat coklat dalam kuantiti yang sangat sedikit.

    Ramai yang agak risau tentang kucing saya dan saya faham. Tapi dia cuma makan sedikit sahaja coklat dan alhamdulillah, keadaannya baik-baik sahaja.

    Dia sudah suka coklat sejak masih kecil lagi, pelik juga sebab dia juga sangat suka aising. Tapi jangan risau, saya tak beri selalu. Dia cuma kucing kecil yang pelik dengan selera yang agak mencurigakan.

    Di ruangan, wargamaya berkata pemberian coklat kepada kucing perlu dielakkan kerana coklat mengandungi bahan seperti theobromine dan kafein yang boleh memudaratkan haiwan berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] Aafiyah Hafal Hadis & Terjemah Maksud Dalam Bahasa Inggeris Buat Netizen Kagum – ‘Pandainya, Baru Umur 6 Tahun Sudah Lancar Bacaan’

    The post Dikecam Bagi Kucing Makan Coklat, Ameera Khan Respon – ‘Sedikit Sahaja, Tak Beri Selalu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah