31 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Azhan Rani Santuni Ibu Dengan Penuh Kasih Sayang, Netizen Tersentuh – ‘Syurga Buat Anak Yang Berbakti’

    Shopee Sale

    Pelakon, Azhan Rani menyorot perhatian apabila tular satu klip memaparkan dirinya menyantuni ibunya dengan penuh kasih sayang.

    Artikel Berkaitan: Azhan Rani Sedih Tengok Video Pak Cik Dihalau Di Surau, Teringat Babak Drama Nur

    Artikel Berkaitan: Azhan Rani Bawa Watak Autisme Sebagai Bilal

    Anak yang baik

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Azhan atau nama penuhnya, Azhan Abdul Rani, 50, meluangkan masa bersama ibunya, Salmah Budin.

    Dalam klip tersebut, Azhan dilihat menyuapkan makanan kepada ibunya serta melayaninya dengan penuh kesabaran, sekali gus membentuk imej positif tentang dirinya.

    Di sebalik watak Jamali, inilah Azhan Rani.

    Lelaki kiriman tuhan.

    Hantaran itu turut sekali gus meraih perhatian ramai apabila mempamerkan sisi berbeza Azhan iaitu sebagai anak yang penyayang dan baik berbanding watak yang dibawakan dalam drama Bulan Henti Bicara.

    MENARIK:  [VIDEO] Rossa Dedah Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami – ‘Tiada Cinta, Kami Seperti Adik & Abang’

    Netizen doa

    Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen mendoakan agar pelakon itu dikurniakan jodoh yang baik.

    Tidak hanya itu, netizen turut berharap bakal pasangannya itu dapat menghargai dirinya seperti mana dia menghargai ibunya.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Azhan Rani Santuni Ibu Dengan Penuh Kasih Sayang, Netizen Tersentuh – ‘Syurga Buat Anak Yang Berbakti’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah