29 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wani Kayrie Terharu, Peminat Jepun Sanggup Terbang ke Malaysia Demi Saksikan Persembahan Tahun Baharu

    Shopee Sale

    Penyanyi Wani Kayrie meluahkan rasa terharu apabila mengetahui peminatnya dari Jepun sanggup terbang jauh semata-mata untuk menyaksikan persembahannya sempena sambutan Tahun Baharu, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Wani Kayrie Bangga ‘Cak Cak Cekuk’ Dipilih Untuk Persembahan Hari Merdeka – ‘Tengok Video Latihan Pun Saya Dah Meremang’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wani Kayrie Gagal Kawal Emosi, Sebak Karya Dilabel Tidak Berkualiti – ‘Saya Tak Akan Dapat Puaskan Hati Semua Orang’

    Terbang dari Jepun

    Menerusi pekongsian di Threads, pemilik nama Syazwani Abdullah, 26, memuat naik tangkap layar dan video memaparkan reaksi peminatnya itu kelihatan sebak ketika menyaksikan dirinya melakukan persembahan di pentas.

    MENARIK:  ‘Buat Apa Saya Nak Jadi Gila Macam Dulu Sebab Sekarang Ramai Dah Gila’ – Iqram Dinzly

    Kata Wani, sokongan luar biasa daripada peminat antarabangsa itu benar-benar meninggalkan kesan mendalam dalam perjalanan dirinya sebagai seorang penghibur.

    Tambah Wani, sokongan sebegitu menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus memperbaiki kualiti persembahan serta menghasilkan karya yang lebih bermakna pada masa akan datang.

    Peminat sanggup terbang dari Jepun ke Malaysia untuk tengok Wani buat persembahan Tahun Baru hari itu.

    Ini yang buat saya lagi semangat untuk menjadi seorang penghibur.

    Sumber: Threads

    The post Wani Kayrie Terharu, Peminat Jepun Sanggup Terbang ke Malaysia Demi Saksikan Persembahan Tahun Baharu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah