26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: ‘Banyak Benda Saya Redah Sendiri’ – Amin Sufian Kongsi Realiti Menjadi Anak Sulung

    Shopee Sale

    Dalam sesebuah keluarga, anak sulung sering dianggap sebagai individu yang perlu matang lebih awal, menjadi pelindung serta membuka jalan buat adik-adik.

    Namun, di sebalik tanggungjawab itu, mereka juga perlu belajar memahami kehidupan tanpa mempunyai abang atau kakak untuk dijadikan tempat rujukan.

    Artikel Berkaitan: Amin Sufian Tidak Kejar Populariti – ‘Kalau Orang Nampak Kejujuran Dalam Lakonan, Itu Sudah Cukup Baik’

    Artikel Berkaitan: Shila Amzah Akui Tidak Mudah Jadi Anak Sulung – ‘Sering Paksa Diri Untuk Nampak Okay’

    Cabaran jadi anak sulung

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA, pelakon meningkat naik, Amin Sufian berkongsi mengenai cabaran menjadi abang sulung, nasihatnya buat adik-adik serta momen istimewa yang sering diluangkan bersama keluarga.

    Menurut Amin, cabaran utama menjadi anak sulung adalah apabila seseorang itu perlu menunjukkan teladan yang baik, meskipun tidak mempunyai abang atau kakak untuk dijadikan rujukan.

    Cabaran sebagai anak sulung adalah untuk menunjukkan contoh yang baik. Saya percaya sebagai seorang abang, saya perlu tunjukkan contoh yang baik supaya adik-adik boleh ikut.

    Cabaran bagi saya ialah saya tiada rujukan. Saya tak ada abang atau kakak untuk dijadikan contoh. Jadi, banyak perkara yang saya lakukan, saya hanya redah dan cuba terokai sendiri.

    View this post on Instagram

    A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

    Mahu Adik-Adik Belajar Daripada Kesilapannya

    Amin mengakui perjalanan hidupnya tidak selalu sempurna. Namun, setiap kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai pengajaran bukan sahaja buat dirinya, malah buat adik-adiknya.

    Daripada kesilapan saya, saya berharap adik-adik dapat belajar. Saya rasa mereka bertuah sebab mempunyai seorang abang sulung.

    Sebagai abang, Amin sentiasa mengingatkan adik-adiknya agar tidak takut mengejar impian dan cita-cita masing-masing.

    MENARIK:  Nak Gandakan Kebaikan Sepanjang Ramadan? Ini Yang Korang Boleh Buat

    Malah, apa sahaja yang sedang diusahakannya dalam bidang seni diharapkan dapat menjadi bukti bahawa impian boleh dicapai sekiranya seseorang berani mencuba.

    Kejar impian dan cita-cita sebab saya rasa apa sahaja yang saya sedang lakukan sekarang adalah contoh sebenar daripada seorang abang.

    Kalau mereka perlukan bantuan atau sokongan, saya sentiasa ada.

    Jumaat Malam Jadi Waktu Istimewa Bersama Keluarga

    Walaupun semakin sibuk mengembangkan kerjaya sebagai pelakon, Amin tetap memastikan dirinya mempunyai masa untuk diluangkan bersama keluarga.

    Menariknya, Amin dan adik-beradiknya berkongsi minat yang sama terhadap muzik. Aktiviti bermain muzik dan jamming bersama-sama menjadi salah satu cara mereka mengeratkan hubungan.

    Saya suka meluangkan masa dengan adik-beradik. Kami semua berkongsi minat yang sama, iaitu bermain muzik.

    Jadi, setiap Jumaat malam, saya memang ternanti-nanti untuk balik ke rumah di Subang. Kami akan bermain muzik dan jamming bersama-sama.

    View this post on Instagram

    A post shared by AMIN SUFIAN (@aminsufiann)

    The post POV XTRA: ‘Banyak Benda Saya Redah Sendiri’ – Amin Sufian Kongsi Realiti Menjadi Anak Sulung first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah