30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bila Keluar Dengan Anak-Anak, Saya Tak Rasa Diri Ni Artis..Saya Hanyalah Mama Mereka’ – Syasya Rizal

    Shopee Sale

    Penyanyi Syasya Rizal mengakui tidak pernah melihat dirinya sebagai seorang selebriti setiap kali meluangkan masa bersama anak-anak.

    Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Perjelas ‘Comeback’ Lagu Baru – ‘Saya Tak Pernah Letak Tanda Noktah Pada Karier Nyanyi’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Kata Terlalu Muda Kahwin & Jadi Ibu..Tapi Inilah Impian Yang Saya Doakan Dalam Diam’ – Syasya Rizal

    Syasya Rizal terkejut dikenali

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Nursyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkongsi momen mencuit hati ketika membawa anak-anaknya ke klinik baru-baru ini.

    Syasya memaklumkan bahawa dia membawa anak sulungnya, Obot, menjalani pemeriksaan gigi, manakala seorang lagi anaknya, Obit, menerima suntikan vaksin.

    Bagaimanapun, kunjungan itu bertukar menjadi detik yang mencuit hati apabila doktor yang merawat mereka secara tiba-tiba menegurnya.

    Hari ni bawak Obot pergi check gigi buat kali pertama, and Obit pergi vaccine. Lepas tu doctor tiba-tiba cakap, ‘You look so familiar, you bukan yang nak keluar lagu baru tu ke?’  

    Terkejut saya, doctor pun tahu saya nak release lagu baru. Lepas tu doktor anak saya cakap lagi, ‘First time jumpa artist humble.

    Dalam masa sama, Syasya mengakui dia tidak pernah melihat dirinya sebagai seorang selebriti setiap kali keluar bersama anak-anak. Baginya, ketika itu dia hanyalah seorang ibu yang sedang menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.

    Bila saya keluar dengan anak-anak, saya tak rasa macam artist pun tbh. Saya hanyalah mama mereka yang tengah buat mommy duties.

    Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April 2024.

    MENARIK:  Percayalah, Aliff Mencintai Awak Lebih. Jadi Dia Meninggalkan Kami, Sila Ambil Dia – Bella Astillah

    Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Yassir Hayyan, 1, dan Yara yang dilahirkan hujung tahun lalu. 

    Sumber: Threads Syasya Rizal

    The post ‘Bila Keluar Dengan Anak-Anak, Saya Tak Rasa Diri Ni Artis..Saya Hanyalah Mama Mereka’ – Syasya Rizal first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah