31.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Walaupun Kami Berpisah, Allah Hadirkan Mak & Abah..Saya Bersyukur’ – Zizi Kirana Jalin Hubungan Baik Dengan Keluarga Mentua

    Shopee Sale

    Penyanyi Zizi Kirana mendedahkan dia dan bekas suami, Yusuf Bahrin sudah tidak lagi berhubung selepas mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tidak Pernah Menyesal Berkahwin, Itu Separuh Daripada Ujian’ – Zizi Kirana

    Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Kongsi Gambar Bersama Keluarga Bekas Suami – ‘Abah & Mak Tetap Jadi Orang Tua Saya Sampai Bila-Bila’

    Hubungan Zizi Kirana keluarga mentua baik

    Ketika ditemui , Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, berkata bagaimanapun keputusan itu tidak menjejaskan hubungan baiknya dengan keluarga mentua.

    Saya dan Yusuf memang tak ada berhubung. Saya memang terus ‘cutoff’ (putuskan hubungan) tapi dengan keluarga dia (mentua) dengan mak, abah, adik ipar dan mak saudara dia semua, Alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung.

    Mereka orang yang sangat baik, jadi saya rasa hubungan dan silaturahim itu tak patut saya putuskan. 

    Saya tak perlu bermusuh, saya ada mak dan abah iaitu orang yang saya sangat hormati. 

    Zizi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharunya yang berjudul ‘Yang Tinggal’ bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur pada Jumaat.

    Mengulas lanjut, Zizi berkata meskipun sudah berpisah dengan bekas suami, dia tetap bersyukur kerana dikurniakan keluarga mentua yang baik dan menganggap ianya satu nikmat berharga dalam hidupnya.

    Baru-baru ini mereka datang ziarah saya ke rumah. MasyaAllah, inilah kebahagiaan. Walaupun nampak macam biasa, tapi ini menyenangkan saya.

    Walaupun saya dan Yusuf berpisah, tapi Allah beri saya kehadiran mak dan abah. Saya sangat bersyukur dan hubungan itu tak terputus.

    ‘Kami dah bersetuju bawa haluan masing-masing’

    Dalam pada itu, Zizi menjelaskan bahawa dia dan Yusuf sudah bersetuju untuk meneruskan kehidupan dengan membawa haluan masing-masing selepas perceraian.

    Kami dah bersetuju untuk bawa haluan masing-masing. Selepas pulang dari mahkamah untuk perceraian hari itu pun, kami berdua ada berjumpa di rumah sebelum kami betul-betul berpisah. 

    Kami berborak, berbincang dan terus melangkah ke hadapan. Dari pihak saya sendiri, saya beritahu yang saya tiada apa nak cakap dan kita bawa haluan masing-masing.

    Ditanya sekiranya terserempak dengan Yusuf di acara-acara tertentu, Zizi berkata dia terbuka dengan situasi itu malah tidak mempunyai perspektif atau perasaan negatif terhadap bekas suaminya.

    Ada je kami terserempak di majlis atau acara sebab kawan-kawan dia merupakan kawan saya juga. Mereka akan beritahu saya yang Yusuf akan ada juga dia acara tersebut, mereka tanya saya okey ke. Saya okey je.

    Seingat saya mungkin ada sekali atau dua kali terserempak dalam satu majlis yang sama. Saya dah tak ada apa apa rasa, tak ada perasaan tak puas hati ke awkward ke tiada. Saya dah lupakan semuanya.

    Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.

    MENARIK:  Marsha Milan Terima Tajaan Buat IVF, Terpaksa Tolak Sebab Mental Belum Sedia – ‘Ada Beberapa Hospital Melamar’

    Mereka kemudiannya disahkan telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam pada 2 April yang lalu.

    The post ‘Walaupun Kami Berpisah, Allah Hadirkan Mak & Abah..Saya Bersyukur’ – Zizi Kirana Jalin Hubungan Baik Dengan Keluarga Mentua first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah