Pelakon, Fazlina Ahmad Daud tampil memohon maaf kepada Aisha Retno susulan tegurannya mengenai busana yang digayakan penyanyi itu ketika menghadiri acara Keretapi Sarong 2026, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Fazlina Ahmad Daud Elak Bawakan Lagu Ogy, Tak Mahu Dibandingkan – ‘Saya Adalah Diri Saya, Genre Kami Berbeza’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazlina Ahmad Daud Dedah Pernah Diludah Gara-Gara Watak ‘Halijah’ – ‘Dah Tak Nampak Diri Saya Yang Sebenar’
Mohon maaf
View on Threads
Menurut Fazlina, teguran yang diberikan kepada pelantun lagu Tak Adil itu dibuat atas niat baik dan bukan bertujuan untuk mengguris perasaan mana-mana pihak.
Dalam pada itu, Fazlina turut memohon maaf terhadap kepada pereka fesyen baju terlibat kerana bimbang menimbulkan salah faham.
Teguran sayang sahaja, tiada niat lain pun.
Apa-apa pun saya minta maaf kalau teguran saya tu mengguris hati Aisha dan designer baju tersebut.
Maafkan saya. Pada yang lain-lain tu tidak perlu nak menambah api.
Terdahulu, Fazlina bertindak menegur busana kain batik pendek yang dikenakan Aisha ketika menghadiri acara Keretapi Sarong 2026.
Komen Fazlina menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Threads.
Sumber: Threads
The post Teguran Busana Cetus Perhatian, Fazlina Ahmad Daud Mohon Maaf Kepada Aisha Retno first appeared on OHBULAN!.





