Tindakan pelakon, Zain Saidin yang dipercayai membantu rakannya berniaga nasi lemak mencuri perhatian orang ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Banyak Isu Bila Kerja Ketika Masih Bersekolah’ – Zain Saidin Belum Benarkan Aaisyah Ceburi Bidang Seni
Artikel Berkaitan: Zain Saidin Tak Kisah Jadi ‘Aksesori’ Isteri – ‘Lebih Memudahkan Hidup’
Bantu kawan niaga
View on Threads
Menerusi rakaman skrin yang dimuat naik di Threads, Zain dilihat tekun melipat kertas pembungkus makanan sementara rakannya pula sibuk melayan pelanggan yang datang membeli.
Dalam sesi siaran langsung itu, Zain juga sempat berinteraksi dengan pelanggan menjadikan suasana di gerai itu lebih meriah.
Rajin Zain tolong kawan dia meniaga nasi lemak.
Ingatkan dia yang meniaga tadi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan selebriti itu selain berkongsi pengalaman mereka bertembung dengannya.
Segelintir mereka menyifatkan Zain sebagai seorang yang sangat rendah diri walaupun sudah bergelar seorang artis.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post [VIDEO] Tindakan Zain Saidin Bantu Rakan Niaga Nasi Lemak Raih Perhatian – ‘Bagus Dia Ni Santai’ first appeared on OHBULAN!.





