Aktres Nabila Huda, menitipkan nasihat buat pendatang baharu dalam industri agar sentiasa menjaga perhubungan yang baik terutama dengan pelakon senior.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Bila Pakai Comot Masuk Restoran Fancy Macam Kena Judge’ – Nabila Huda
Nasihat Nabila

Ketika ditemui , Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi, 42, berkata, pelakon baharu seharusnya memanfaatkan masa semasa di set penggambaran iaitu menerusi pergaulan bersama aktor-aktor berpengalaman.
Jangan bersendirian sangat. Kena berkawan dan bergaul. Saya dulu pun selalu dengan senior. Saya nak korek dan belajar apa pengalaman hidup mereka.
Kadang- kadang ada orang introvert, social anxiety dan mungkin takut terlupa skrip tetapi kena pandai-pandai bertegur sapa.
Tanyalah mereka tentang pengalaman. Suatu hari nanti, kita mungkin tidak akan jumpa lagi.
Selain itu, Nabila turut menekankan kepada pelakon baharu agar sentiasa menjaga sikap dan adab mereka.
Pengalaman di set penggambaran sangatlah indah. Masing-masing ada bakat yang luar biasa dan awak dipilih untuk bersama mereka.
Jadi, hargailah momen itu. Jangan kekwat, nanti orang benci.
Kepada anak muda tolonglah kekalkan sikap rendah diri. Ingat misi anda.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media festival muzik Ultra Kalcer Malaysia 2026 di The Volume, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam masa sama, pelakon filem Libang Libu itu turut meninggalkan pesan supaya sentiasa berpegang kepada tujuan asal mereka menceburi bidang seni.
Apa yang anda niat sewaktu awal-awal nak masuk industri ini, biarlah sampai ke tua niat itu.
The post [VIDEO] Nabila Huda Titip Nasihat Untuk Pelakon Baharu – ‘Jangan Kekwat, Kekal Merendah Diri’ first appeared on OHBULAN!.





