26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tunggu & Tak Nak Paksa, Saya Mahu Dia Berjaya Dulu’ – Dayang Areeda Tak Terburu-Buru Kahwini Hazeeq Dean

    Shopee Sale

    Pelakon Dayang Areeda memaklumkan dirinya enggan terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih, Hazeeq Dean.

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Mahu Mengiyakan Atau Menidakkan’ – Hazeeq Dean Ulas Isu Foto ‘Comolot’ Dengan Pelakon Wanita

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Babak Bercium Daiyan Trisha & Hun Haqeem Keterlaluan – ‘Dah La Dua-Dua Pelakon Muslim’

    Dayang Areeda tak tergesa mahu kahwin

    Ketika ditemui , Dayang atau Dayang Areeda Datu Abdul Razak, 32, mengakui hubungannya dengan teman lelaki berada dalam fasa serius. Bagaimananpun mereka masih belum mempunyai perancangan lanjut untuk menamatkan zaman bujang.

    Kami memang serius dalam perhubungan dan belum ada perancangan lanjut. Saya dah bersedia tapi saya nak dia capai dulu apa yang dia mahukan dalam kehidupan. 

    Saya tak nak desak atau paksa dia walaupun usia saya dah nak masuk 32 tahun ni. Tapi tak apa, saya tunggu dia. Saya nak dia berjaya dulu. 

    Mengulas lanjut, Dayang berkata dia juga mahu Hazeeq terus berkarya dan mencipta nama dalam industri seni sepuasnya sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

    Saya nak dia betul-betul puas dengan kehidupan sebagai bujang, biar dia berkarya sepuasnya.

    Bila dia dah capai apa yang dia nak, barulah kita ke fasa seterusnya.

    Ditanya mengenai penerimaan keluarga mengenai perkara itu, Dayang bersyukur kerana keluarganya memahami pendiriannya dan tidak memaksa untuk segera berkahwin.

    Alhamdulillah, keluarga saya okey. Mereka sangat menyokong dan mereka tak paksa saya.

    Saya pun dah kenal keluarga Hazeeq, begitu juga dengan Haziq dah kenal keluarga saya.

    The post ‘Saya Tunggu & Tak Nak Paksa, Saya Mahu Dia Berjaya Dulu’ – Dayang Areeda Tak Terburu-Buru Kahwini Hazeeq Dean first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Ketuai Bacaan Ayat Al-Quran Bersama Jemaah Haji Di Arafah, Ustaz Dzulkarnain Ubat Rindu Netizen – ‘Lama Tak Dengar Suara Merdu’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah