29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marsha Milan Terima Tajaan Buat IVF, Terpaksa Tolak Sebab Mental Belum Sedia – ‘Ada Beberapa Hospital Melamar’

    Shopee Sale



    Marsha Milan

    Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan ada beberapa hospital yang mahu menajanya untuk melakukan kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat.

    Tajaan IVF

    Marsha Milan

    Bagaimanapun, Marsha atau nama lengkap Marsha Milan Londoh, 40, terpaksa menolak tawaran tersebut kerana mengakui masih belum bersedia dari sudut mental.

    Saya belum ada perancangan untuk lakukan IVF tetapi keinginan untuk melakukan proses itu ada. Tapi saya anggap masih belum ada rezeki dari segi masa terutama mental.

    Ada beberapa hospital yang melamar saya untuk menaja proses IVF, tetapi saya tetap dengan pendirian mengatakan belum bersedia. Saya tidak boleh dedahkan hospital mana yang datang ‘merisik’.

    Saya dan suami menolak secara baik mengenai tawaran tersebut. Sebab di pihak saya, saya terdedah kepada media tetapi tidak suami. Suami lebih privasi.

    Jika saya mahu betul-betul buat IVF, saya lebih selesa jika dilakukan dalam keadaan tidak diketahui umum, lebih baik dirahsiakan.

    Marsha berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka 2025 Media Prima pada Selasa.

    MENARIK:  Syedot ASMR ‘Review’ Jeruk Mangga Aliff Syukri, Beri Rating 2/10 – ‘Saya Punya Berasid Teruk’

    Hamil semula jadi

    Marsha Milan

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu Hening Rindu itu berkata, dia masih berharap untuk mendapatkan cahaya mata dengan cara semula jadi tanpa melakukan proses IVF.

    Pun begitu, menyerahkan soal rezeki kepada Yang Maha Esa dan tidak putus memanjatkan doa.

    Apa pun saya serahkan segalanya kepada Allah. Saya sendiri masih mengharapkan untuk hamil semula jadi. Saya tidak akan putus asa untuk berusaha yang terbaik.

    Dalam perkembangan lain, Marsha bakal membuat persembahan dalam acara KBS TV yang merupakan program terbitan Korea Selatan. Menurutnya Malaysia bakal menjadi tuan rumah pada tahun ini.

    Selain Marsha, kumpulan pop Dolla antara yang turut terlibat bersama beberapa penyanyi dari negara-negara Asean lain.

    Imbas kembali, Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah