Pelakon Mimi Lana mengakui tidak mengenal erti penat kerana sudah terbiasa dengan kehidupan bekerja sejak kecil.
Mimi Lana kuat bekerja, contohi ibu bapa
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, berkata, dia juga membesar dengan melihat ibu bapanya bekerja keras mencari rezeki.
Malah isteri kepada pelakon Syafiq Kyle ini juga pernah membantu mereka berniaga sejak dibangku sekolah lagi.
Saya rasa saya jadi seorang yang kuat bekerja sebab saya tak pernah tahu macam mana kehidupan tanpa kerja.
Sejak kecil, saya tengok mak dan ayah bekerja keras. Saya pun dah biasa tolong mereka berniaga sejak sekolah.
Hari biasa, saya tolong mak jual nasi lemak dekat sekolah, manakala hujung minggu saya akan jual bunga orkid dengan ayah.
Bukan itu sahaja, Mimi berkata sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga, dia turut memikul tanggungjawab menguruskan rumah ketika ibu bapanya keluar mencari nafkah.
Saya yang selalu masak, kemas rumah dan jaga rumah ketika mak dan ayah keluar bekerja
Berkongsi lanjut, Mimi mengakui turut terinspirasi dengan kerajinan yang ditunjukkan oleh nenek dan ibu saudaranya dalam membantu keluarga mencari sumber pendapatan.
Nenek saya ibu tunggal yang membesarkan 11 orang anak sambil bekerja. Kebanyakan mak saudara saya pun wanita yang bekerja. Saya sangat terinspirasi dengan kerajinan mereka.
Tapi suami saya (Syafiq Kyle) secara perlahan-lahan menarik saya menjadi wanita dengan memanjakan saya sejak kami berkahwin.
Tahun ni boleh bilang dengan jari berapa kali saya memandu kerana dia selalu ada untuk mengingatkan saya untuk hidup santai tanpa terkejar-kejar dalam kehidupan
Sumber: Threads
The post Mimi Lana Akui ‘Workaholic’, Dah Biasa Bekerja Sejak Kecil – ‘Tolong Jual Nasi Lemak, Bunga Orkid’ first appeared on OHBULAN!.





