Pelakon Salina Saibi menitipkan pesanan kepada aktres, Abby Abadi dan anaknya, Maria Danisha Hakim selain mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Salina Saibi titip pesan buat Maria, Abby

Menerusi komen balas di Instagram Abby, Salina menasihati Maria agar bertemu dan memohon maaf kepada ibunya.
Selamat hari jadi, baby. Jumpa mak tau sayang. Peluk mama tu kuat-kuat, jangan lepas. Minta maaf terus, ingat doa mama tu makbul tau. InsyaAllah Allah angkat darjat awak lagi.
Dalam perkongsian sama, Salina turut meminta Abby untuk memaafkan anak-anaknya dan memberi ruang untuk mereka membuat keputusan sendiri.
Maafkan lah dia kak. Anak ni diorang ikut rasa hati naluri dan jiwa. Mana yang diorang rasa tenang happy disitulah mereka cari. Tak semestinya bahagia. Only Allah know everything Syukurlah bukan ditempat yang salah.
Salina turut mengingatkan Abby supaya bersangka baik terhadap keadaan yang berlaku dan memberi ruang kepada bekas suaminya, Norman Hakim untuk meluangkan masa serta memulihkan hubungan dengan anak-anak.
Cuma akak kena kuat menonton kebahagiaan itu. Husnuzon je kak. Akak fikir awak busy cari duit, mungkin abg Norman lebih masa disitu untuk santuni anak-anak.
Dia nak baik pulih nak beli jiwa anak yang dia dah buat silap dulu. Bagi peluang tau kak, biarkan je kak.
Mereka dah besar, dah matang. Bijak pandai pula tu. Akal ada otak pun ada. Baik buruk pun tahu je diorang menilai.
Sumber: Instagram
The post Salina Saibi Titip Pesanan Buat Abby Abadi, Minta Beri Ruang Kepada Anak-Anak – ‘Maafkan Dia..Mereka Dah Besar, Matang’ first appeared on OHBULAN!.





