30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zul Ariffin Berikan Petanda Akan Berkahwin Pada Akhir Tahun Ini – ‘Tidak Mahu Menangguhkan Terlalu Lama’

    Shopee Sale



    Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia nekad untuk menamatkan zaman bujang akhir tahun ini selepas rancangan tersebut terbantut disebabkan fasa pandemik Covid-19.

    Tak mahu cakap kosong

    Menerusi temu bual bersama Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, mengakui tiada sebab untuk dia menangguhkan perkara baik itu selepas masing-masing sudah bersedia menggalas tanggungjawab.

    Memang dari tahun lepas lagi ada perancangan itu. Rasanya saya pun lama berlakon dan sudah sampai waktu untuk jadi suami orang pula, insya-Allah.

    Saya tidak mahu cakap kosong saja, tapi cuba realisasikan tahun ini sebab kalau boleh tak mahu lagi tangguh lama-lama.

    Zul yang ditemui pada majlis tayangan program hari raya Astro, baru-baru ini berkata, dia memilih akhir tahun untuk menyempurnakan hari bahagia kerana pada waktu itu komitmen tugasan termasuk promosi filem baharu, Sheriff sudah berakhir.

    Buat masa ini saya difahamkan semua pelakon Sheriff akan mengikuti jadual promosi memandangkan filem itu bakal ditayangkan sekitar pertengahan tahun ini. Jadi perancangan berkahwin pada Jun ini memang tak sempat, ikutkan mungkin akhir tahun macam orang selalu buat.

    Sebab itu tiada sebarang persediaan, sebaliknya hanya perbetulkan diri dalam menjadi seorang insan lebih sempurna berbanding sebelum ini.

    Berbicara mengenai siapakah bakal isteri Zul, pelakon filem ‘Sangkar’ ini memilih untuk merahsiakan dulu identiti bakal isterinya. Jelas Zul, dia akan mendedahkan kepada umum apabila tarikh pernikahan mereka sudah ditentukan.

    Tak boleh nak kongsikan siapa dia, macam keterlaluan pula kalau perkenalkan sekarang.

    Video

    MENARIK:  Aina Abdul, Ernie Zakri & Misha Omar Bakal Rebut Tempat Ke AJL39! Ini Senarai 30 Lagu Mara Ke SFMM39
    " data-video-id="7352001201598221569" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia nekad untuk menamatkan zaman bujang akhir tahun ini. Agak2 dengan siapa? ? # #sembangentertainment #zulariffin #kahwin

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah