
Pelakon dan usahawan berjaya, Wawa Zainal baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun pada 12 Mac.
Wawa kongsi rezeki
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, Wawa memuat naik video dirinya berkongsi rezeki menerusi TikTok.
Menerusi perkongsian yang dibuat, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin ini dilihat telah membungkus beberapa barang keperluan makanan seperti beras, biskut, roti, susu pekat manis dan telur.
Bukan itu sahaja, ibu kepada empat orang anak ini turut memberikan sebiji kek kecil serta wang yang dipercayai berjumlah RM200.
Wawa kemudiannya mengedarkan sendiri kesemua barangan tersebut dan meminta orang awam di sekitar kediaman untuk mendoakannya.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sifat pemurah ditunjukkan Wawa dan menyuarakan cita-cita mereka untuk menjadi kaya seperti isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu.
Pada tahun lalu, Wawa turut berkongsi rezeki sempena ulang tahun kelahirannya dengan memasak pulut kuning bersama rendang daging sebelum diedarkan kepada kira-kira 20 orang awam.





