Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah menafikan dakwaan bahawa dirinya telah memilih untuk bersara dari dunia seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaki Yamani & Putra Ahmad Merrah Raih Perhatian, Netizen Terhibur Dengar Intonasi – ‘Dah Macam Jamal Abdillah & Awie’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jamal Abdillah Upah Dua Pengasuh, Akui Penat Urus Anak-Anak – ‘Yang Bongsu Baru 7 Bulan, Bayangkan’
Penjelasan Jamal
Menerusi temu bual bersama Hot FM, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidilah Ali, 66, menjelaskan tentang situasi sebenar yang berlaku ketika dia dijemput membuat persembahan di sebuah majlis.
Sebenarnya saya menunggu di majlis itu hampir empat jam, jadi semangat untuk buat persembahan dah pudar dan saya rasa lemau.
Artis-artis baru ramai, tapi mereka bagi saya menyanyi yang akhir sekali.
Susulan itu, pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir tersebut mengakui sudah berasa letih kerana menunggu terlalu lama.
Walau bagaimanapun, Jamal berkata, dia hanya berseloroh tentang isu persaraan tersebut.
Semasa saya menyanyi, saya risau tahap pencapaian untuk saya membuat persembahan tak sampai.
Sebab itulah saya kata, saya sudah letih dan selepas hari lahir nanti, saya nak bersara.
Sebenarnya, hanya gurauan pentas, bukannya betul pun.
Istilah bersara untuk orang seni memang tak ada.
Terdahulu, tular sebuah klip video memaparkan Raja Pop negara itu mengumumkan persaraannya dari arena muzik sehingga menimbulkan tanya tanda dan spekulasi dalam kalangan peminat.
Sumber: TikTok Hot FM
The post [VIDEO] Tular Pengumuman Bersara Dari Dunia Nyanyian, Ini Jawapan Jamal Abdillah first appeared on OHBULAN!.



#HotFMNo1 #HotFM #HotVibeClub #TerbaikSentiasaHangat #KJjadiDJ 

