Pelakon Tiz Zaqyah mendedahkan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun depan bersama pilihan hati yang merupakan kenalan sejak kecil.
Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah Alami Gastrik & Keracunan Makanan – ‘Rasa Macam Tak Ada Harapan..Punya Sakit’
Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah Tegur Netizen Busuk Hati Tengok Ramai Kongsi Rezeki Dengan Rakyat Indonesia – ‘Ini Perasaan Hasad Dengki’
Bakal mendirikan rumah tangga
Ketika ditemui , Tiz atau nama lengkapnya Siti Zaqyah Abdul Razak berkata, hubungan istimewa itu telah dibina setahun lalu.
Bagaimanapun, Tiz enggan mendedahkan identiti pilihan hati sekali gus mengelak daripada penyakit ain.
Kami mula serius sejak setahun lalu. Perasaan itu datang secara semula jadi. Kami berkawan lama dan kemudian buat keputusan untuk berkahwin.
Tarikh yang tetap belum ada tapi Insya-Allah tahun depan.
Alhamdulillah, saya gembira dan bahagia sekarang. Cuma buat masa ini saya belum bersedia mendedahkan identiti dirinya. Saya bimbang dengan penyakit ain.
Insya-Allah, bila tiba masanya nanti saya akan buat pengumuman rasmi. Doakan yang baik-baik.
Tiz berkata demikian selepas selesai sidang media bagi drama Impiana Karma yang berlangsung di Pavilion Bukit Bintang, pada Rabu.
Kawan sejak kecil

Menariknya, jejaka pilihan pelakon berusia 37 tahun itu merupakan adik kepada seorang pelakon tempatan.
Kami kenal sudah lama, sejak zaman kanak-kanak lagi. Dia bukan orang industri, tapi adik kepada seorang pelakon.
Kami tinggal di kawasan perumahan sama dan keluarga kami memang saling mengenali. Kalau raya nanti senanglah, tak perlu gaduh nak balik kampung siapa dahulu.
Dalam perkembangan lain, Tiz bakal muncul dalam drama terbaharunya berjudul ‘Impiana Karma’ yang akan mula bersiaran pada 19 November.
Selain Tiz, barisan pelakon hebat seperti Che Puan Juliana Evans, Ezzanie Jasny, Adriana Adnan, Yuna Rahim, Sharifah Haneesya, Nas-T, Aniq Suhair dan Lorenzo Irmann.
The post [VIDEO] Tiz Zaqyah Rancang Kahwin Tahun Depan, Kenalan Sejak Kecil Jadi Pilihan Hati – ‘Bila Tiba Masanya Saya Buat Pengumuman Rasmi’ first appeared on OHBULAN!.





