30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sarang Proses Air Ketum Di Kelantan Tumpas

    Shopee Sale

    Kegiatan memproses dan menjual air ketum yang dipercayai beroperasi secara aktif sejak tiga tahun lalu akhirnya berjaya ditumpaskan apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah rumah di Jalan Pondok Lama, Tanah Merah, Kelantan pada Ahad.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terciduk’ Campak Air Ketum…

    Sarang ketum tumpas

    Dalam operasi kira-kira jam 6 petang itu, empat lelaki berusia antara 25 hingga 37 tahun diberkas bagi membantu siasatan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada mereka positif methamphetamine.

    Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota Risik Batalion 8 PGA susulan maklumat risikan mengenai aktiviti pemprosesan air ketum yang dijalankan di premis berkenaan.

    Menurut Ahmad Radzi, sebaik tiba di lokasi, anggota PGA mendapati empat lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan rumah tersebut. Salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

    Hasil pemeriksaan ke atas sebuah motosikal Yamaha NVX yang berada di hadapan rumah menemukan lima bungkusan mengandungi cecair kehijauan yang disyaki air ketum.

    Pemeriksaan lanjut membawa pasukan ke sebuah bilik yang berkunci di dalam rumah sebelum menemukan sejumlah bungkusan berisi daun ketum, manakala empat biji pil yaba ditemui di ruang tamu.

    Ahmad Radzi berkata, pemeriksaan turut dilakukan di bahagian dapur dan menemukan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses air ketum termasuk periuk bersaiz besar, tong gas, alat penimbang serta dapur memasak.

    MENARIK:  [VIDEO] Nora Ariffin & Suami Masih Berhubung – ‘Kami Tidak Bermusuh’

    Menurut Ahmad Radzi, suspek utama kemudian menunjukkan sebuah tong plastik yang disorokkan di kawasan semak berhampiran rumah yang mengandungi 53 lagi bungkusan air ketum.

    Keseluruhan rampasan melibatkan 58 liter air ketum, 25 kilogram daun ketum, empat biji pil yaba, sebuah motosikal dan pelbagai peralatan memproses air ketum dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM17,930.

    Siasatan awal mendapati suspek utama mengaku menjalankan kegiatan memproses air ketum di rumah berkenaan sejak tiga tahun lalu untuk diedarkan di sekitar bandar Tanah Merah.

    Ahmad Radzi berkata, bekalan daun ketum dipercayai diperoleh daripada seorang lelaki tempatan sebanyak dua kali seminggu dan individu terbabit kini sedang dikesan bagi membantu siasatan.

    Kesemua suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1) akta yang sama.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Sarang Proses Air Ketum Di Kelantan Tumpas first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah