Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan mendedahkan amalan memakai tasbih digital sudah menjadi kebiasaan sejak pulang menunaikan ibadah haji pada Jun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sangat Hargai Perjalanan Muzik Saya Telah Jadi Sebahagian Kisah Hidup Peminat’ – Afgan
Artikel Berkaitan: ‘Kacamata’ Mewakili Era Lagu-Lagu Pop Afgan – ‘Single Ini Amat Tepat Untuk Buka Tirai Album Baharu’
Zikir jadi rutin harian

Menurut Afgan, 35, penggunaan tasbih digital kini menjadi rutin hariannya untuk berzikir.
Kata pemilik nama Afgansyah Reza, berzikir juga menjadi amalan wajib terutama ketika hatinya berasa tidak tenang atau berdepan cabaran hidup.
Rasanya saya sudah terbiasa sewaktu menunaikan haji sebelum ini, di sana (Makkah) saya tidak pernah meninggalkan tasbih digital itu.
Jadi sampai sekarang saya masih suka pakai. Kadang-kadang apabila saya berasa tidak tenteram atau dalam hal apa juga selalunya memang saya berzikir.
Mungkin sudah jadi kebiasaan, habit waktu saya menunaikan haji dulu.
Afgan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Retrospektif Showcase yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Pengalaman Umrah

Menurut pelantun Terima Kasih Cinta lagi, pengalaman menunaikan haji memberi perubahan besar dalam hidup dan menjadikan dirinya lebih dekat dengan agama.
Saya jadi lebih tenang. Sebelum menunaikan haji saya tidak biasa begini.
Perubahan terbesar selepas haji pastinya saya lebih dekat dengan Allah, berserah dan tawakal dalam menjalani kehidupan.
Sebelum ini, penampilan Afgan yang dilihat memakai tasbih digital ketika ditemu bual sebuah stesen radio tempatan mencuri perhatian ramai.
Dalam perkembangan lain, Afgan akan menghangatkan pentas dengan Retrospektif Showcase pada 5 Disember ini, sempena pelancaran album baharunya, Retrospektif.
Tiket sudah mula dijual sejak 1 Oktober di laman web golive-asia, dengan harga bermula RM358 hingga RM1,398.
The post [VIDEO] Tasbih Digital Jadi Teman Afgan, Zikir Buat Hati Rasa Tenang first appeared on OHBULAN!.





