Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah tampil berkongsi keadaan terkininya selepas melalui kemelut rumah tangga yang mendapat perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: PA Dr Afifah Dedah Kisah Sebenar Libatkan Orang Ketiga – ‘Awak Langsung Tidak Minta Maaf Selepas Maki Ibu Dia’
Artikel Berkaitan: Isteri Nubhan Tegur Orang Ketiga ‘Pinned’ Gambar Anak-Anak – ‘Tak Perlu Berebut, Saya Bukan Ibu Tumpang’
‘Saya kena nampak bahagia’

Ketika ditemui , Fie atau nama lengkapnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, berkata walaupun apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia tetap berusaha untuk kelihatan kuat demi anak-anak.
Saya mesti nak kena nampak bahagia, nampak tenang sebab saya ada anak-anak. Saya nak anak-anak tengok saya bukan seorang ibu yang lemah.
Kita sebagai seorang ibu mesti nak yang terbaik untuk anak-anak. Kita akan fikir anak-anak dulu, baru diri kita.
Dr Afifah berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran butik JeMels Atelier di IOI Mall Putrajaya, pada Sabtu.
Tak jauhkan anak-anak dengan keluarga mentua

Berkongsi mengenai perkembangan hak penjagaan anak, Dr Afifah memaklumkan bahawa kes hadanah masih dalam proses dan sedang menunggu keputusan mahkamah.
Buat masa ini, kebanyakan masa anak-anak berada dengan saya. Tetapi Nubhan telah memfailkan permohonan hadanah di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan penuh.
Buat sementara waktu (interim), seperti yang tertulis dalam surat, anak-anak berada di bawah jagaan saya.
Saya tak nak jauhkan anak-anak dengan sesiapa termasuk Nubhan, keluarga mentua. Mereka berhak untuk bersama dengan sesiapa.
Dalam pada itu, Dr Afifah menyifatkan Nubhan seorang bapa yang baik buat anak-anak mereka.
Nubhan pun seorang ayah abah yang baik. Nak kata saya baik pun, kita sama-sama baik.
Ditanya mengenai keadaan anak-anak, Dr Afifah mendedahkan dia dan Nubhan masih belum memberitahu keadaan sebenar kepada mereka sehingga keputusan mahkamah diperolehi.
Saya ada juga cakap dengan Nubhan supaya kita jelaskan bersama-sama. Tapi apa-apa pun, kita tunggu mahkamah 2 Disember nanti.
Untuk info, media sebelum ini melaporkan Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Mahkamah Rendah Syariah Sepang kemudian menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi itu ke atas Dr. Afifah atau Dr. Fie.
Terdahulu, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.
Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.
Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
The post ‘Nubhan Seorang Abah Yang Baik’ – Dr Afifah Tak Halang Anak-Anak Bertemu Keluarga Mentua first appeared on OHBULAN!.





