27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tareq Fit Tegur Kaum Lelaki ‘Asyik’ Buat Trend ‘Jamilah’ – ‘Ini Bukan Aura Jantan Sejati’

    Shopee Sale

    Jurulatih kecergasan, Tareq Fit tampil menegur segelintir golongan lelaki yang membuat video trend ‘Jamilah’ yang tular di TikTok pada ketika ini.

    Artikel Berkaitan: Digelar Warga Asing, Jurulatih ‘Fitness’ Selar Bapa Abang Aji – ‘Tak Boleh Terima Teguran Terpulang’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Kasihan Tengok Badan Anak Macam Ini?’ – Jurulatih ‘Fitness’ Tegur Bapa Abang Aji

    Tiada aura

    Tareq memilih untuk bersuara setelah menyaksikan segelintir lelaki berbaring sambil merakam video menggoda sehingga aura kelelakian mereka hilang.

    Lelaki sibuk (dengan) Jamilah. Trend mengarut dan ikut syahwat hingga membuatkan orang lain turut mengikuti trend itu.

    Mana aura lelaki dan aura seorang muslim. Yang dulunya kuat fizikal dan mental. Sekarang baring atas katil, rakam diri. Nak perhatian kan? Nak pujian kan?

    Ini bukan aura lelaki jantan sejati, faham?

    Dalam pada itu, Tareq turut menyatakan sifat itu juga merupakan punca golongan itu menjadi lemah dari segi fizikal dan mental.

    Sebab itu pada zaman ini, lelaki menjadi lemah.

    Kalau ketua lemah semua akan jatuh. Kebanyakan yang menganggu masyarakat dan agama kita sekarang ini adalah lelaki.

    Sebab lelaki lemah tidak ikut undang-undang agama islam.

    Nasihat

    Dalam kesempatan itu, Tareq juga menitipkan nasihat kepada kaum lelaki agar tidak mudah terjebak dengan trend yang tidak mendatangkan manfaat selain yang boleh menjatuhkan maruah kaum mereka.

    Lelaki kena ada aura. Tunjukkan hormon kejantanan. Jangan jadi lemah, ‘sotong’ dan ikut trend mengarut.

    Jangan emosi, jangan melenting dan cepat koyak. Kuatlah sikit. Jom kembali fitrah.

    Lelaki lemah saja yang mencari perhatian dan pujian daripada orang lain. Lelaki yang kuat dan sejati dia tidak kisah pun.

    Dia akan buat benda yang betul seperti ikut agama dan ikut Allah SWT. Orang puji tdiak puji, dia tidak kisah dan hanya fokus saja.

    Sumber: Tiktok

    MENARIK:  [VIDEO] Marissa Dania & Aslam Kunci Mulut, Enggan Ulas Dakwaan Hamil Anak Sulung

    The post [VIDEO] Tareq Fit Tegur Kaum Lelaki ‘Asyik’ Buat Trend ‘Jamilah’ – ‘Ini Bukan Aura Jantan Sejati’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah