25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tam Spider Nasihat Band Baharu Bina Identiti Sendiri – ‘Buat Apa Yang Kita Suka, Bukan Orang Suka’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Tam Spider berkongsi pandangan mengenai usaha yang perlu dilakukan oleh kumpulan muzik baharu untuk kekal relevan dan mendapat tempat dalam industri seni tempatan.

    Artikel Berkaitan: Selepas Tiga Dekad, Spider Akhirnya Pulang Ke Johor & Bakal Gegarkan Pentas ‘Sengat Selatan’!

    Artikel Berkaitan: Tam Kongsi Perkembangan Kesihatan Napie Spider, Ralat Tak Dapat Buat Persembahan Bersama – ‘Nak Tak Nak, Perjuangan Perlu Diteruskan’

    Yakin hasil karya sendiri

    Ketika ditemui , Rustam Mustafah atau lebih dikenali sebagai Tam Spider berkata, kumpulan muzik baharu boleh menjadikan kumpulan idola sebagai sumber inspirasi tanpa mengetepikan identiti sendiri.

    Menurutnya, setiap kumpulan perlu yakin dengan hasil ciptaan sendiri dan tidak perlu berasa malu untuk mempersembahkannya kepada pendengar.

    Bila nak buat karya, buat apa yang kita suka, bukan orang suka. Kalau sekarang tengah musim MCR, kita boleh ambil ideologi mereka, tetapi hasilkan karya dengan identiti sendiri.

    Kalau ambil bulat-bulat, kita tidak ada jati diri dan perjuangan sendiri. Sudah hasilkan lima lagu, tapi bila buat persembahan, kita pilih lagu lain. Tidak ada keyakinan nak persembahkan lagu sendiri.

    Jangan rasa malu atau takut orang tertanya-tanya lagu apa yang kita bawakan. Kita kena yakin dengan hasil karya sendiri.

    Tam berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Sengat Selatan Spider di Restoran Shook, JW Marriot Hotel Kuala Lumpur, pada Isnin.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Relaku Pujuk ini mengingatkan pendatang baharu agar tidak menjadikan kritikan sebagai penghalang untuk terus berjaya.

    Jangan lepas pandang, kita kena dengar dan semak semula setiap bahagian lagu termasuk gitar, lirik, bass dan susunan muzik. Kalau semua anggota band dah bersetuju, barulah kita lepaskan lagu itu. Segala usaha dah dibuat, selebihnya kita serahkan kepada rezeki sama ada lagu itu berjaya atau tidak.

    Orang akan mengata dan mengutuk, tidak mengapa. Ada kritikan yang boleh kita terima dan jadikan cabaran untuk buktikan kemampuan band kita. Itu sebahagian daripada proses untuk terus maju.

    Mengulas lanjut, Tam menegaskan masalah dalaman yang berlaku perlu diselesaikan sesama anggota tanpa campur tangan pihak luar demi menjaga keharmonian dan kelangsungan kumpulan.

    Anggota band tidak boleh ada perkara yang disembunyikan antara satu sama lain, semuanya perlu dibincangkan secara berterus terang.

    Tidak perlu melibatkan orang luar kerana hanya anggota band yang tahu isi hati masing-masing. Kalau kita berempat, biarlah kita berempat sahaja yang tahu masalah dalam kumpulan.

    Penting untuk kita mencari anggota band yang sanggup berjuang bersama. Sebab itulah antara faktor yang membuatkan sesebuah band mampu bertahan hingga sekarang.

    Sekadar info, Tam Spider bakal beraksi menerusi konsert Sengat Selatan Spider yang berlangsung di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor pada 30 Januari 2027.

    MENARIK:  ‘Saya Pernah Dipukul & Kena Tarik Rambut Dengan Senior Sekolah’ – Liyana Jasmay 

    Tiket boleh mula dibeli menerusi platform Ticket2U pada 26 November 2026, tepat jam 3 petang.

    The post [VIDEO] Tam Spider Nasihat Band Baharu Bina Identiti Sendiri – ‘Buat Apa Yang Kita Suka, Bukan Orang Suka’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah