Pelakon, Mierul Aiman memuji sikap profesional rakan seperjuangannya, Zarif Ghazzi yang disifatkan tetap komited menjalankan tanggungjawab sebagai anak seni meskipun sedang berdepan kontroversi.
Artikel Berkaitan: Kru Produksi Saksi Sikap Zarif Ghazzi Di Set, Tak Percaya Dakwaan Yang Dilemparkan
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Laporan Polis Sudah Dibuat – ‘Serahkan Kepada Pihak Berkuasa’
Puji semangat Zarif

Mierul, 28, berkata, dia berpeluang bekerjasama dengan Zarif menerusi sebuah kempen jenama dan mendapati isu yang melanda rakannya itu tidak menjejaskan prestasi kerja dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada di set penggambaran.
Saya sedang menjalani penggambaran bersama dia sekarang untuk sebuah kempen jenama. Apa yang saya nampak, Zarif adalah rakan lakon serta rakan kerja saya dan dia memberikan yang terbaik di dalam set.
Walaupun ada isu peribadi, saya lihat semuanya atas dasar kerja sahaja. Soal peribadi dia memang saya tidak pernah tanya lebih, lagi pula pengurusnya sentiasa berada bersama dan kita hormati bahagian itu.
Alhamdulillah setakat ini dia sangat profesional dan saya rasa sikap profesional itu perlu saya ambil sebagai contoh.
Mierul berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) yang berlangsung di Instana Budaya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Mierul menjelaskan dia memilih untuk tidak bertanyakan lebih lanjut mengenai kontroversi berkenaan kerana menghormati ruang peribadi Zarif.
Saya faham sesuatu situasi sama ada ringan atau tegang adalah salah satu proses yang kita semua akan lalui bukan sahaja sebagai pelakon, malah sebagai manusia. Untuk saya melontarkan pendapat lebih mendalam, tiada hak.
Mengulas lanjut, Mierul menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan yang terlibat serta sistem perundangan negara untuk mengendalikan perkara tersebut mengikut saluran sewajarnya.
Dia turut berharap semua pihak diberikan keadilan tanpa sebarang prejudis, selain mendoakan agar rakan-rakan dalam industri seni terus kuat menghadapi situasi sukar.
Saya percaya pengurusan dia melakukan kerja yang terbaik dan menggalas tanggungjawab sebaik mungkin, begitu juga di pihak sana.
Seperti yang kita tahu, kedua-dua pihak sekarang bergerak berlandaskan peraturan dan undang-undang. Saya percaya pada undang-undang negara kita serta pihak penguat kuasa.
Saya berharap pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil supaya keadilan tercapai dan saya mendoakan semua pemain industri termasuk kawan saya sendiri terus kekal cekal menghadapi situasi tegang ini.
Terdahulu, pihak pengurusan Zarif memaklumkan sudah membuat laporan polis susulan dakwaan yang dikeluarkan seorang aktres yang mendakwa aktor itu mengambil kesempatan terhadapnya ketika mereka bergandingan dalam sebuah drama.
The post Mierul Aiman Doakan Zarif Ghazzi Kuat, Puji Semangat Profesional & Komited Di Set Penggambaran first appeared on OHBULAN!.





