Pelakon Wawa Zainal, berkongsi pengalaman anaknya yang didakwa berdepan dengan situasi kurang menyenangkan ketika berada di sekolah.
Artikel Berkaitan:
Perkongsian Wawa

Menerusi perkongsian di Threads, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, mendedahkan mengenai tindakan rakan sekelas anaknya.
Sebelum ini anak saya pernah cerita kawan sekelas dia pernah tumbuk dan pulas tangan dia.
Namun, suaminya Aeril Zafrel memberikan respon berbeza dengan menganggap perbuatan tersebut sekadar gurauan biasa.
Menurut Wawa, Aeril turut berpendapat bahawa anak mereka perlu belajar berdepan dengan cabaran sejak kecil kerana dunia sebenar lebih mencabar.
Saya cerita balik dekat ayah dia. Tapi ayah dia respon waktu tu, ‘Biasalah budak-budak bergurau. Lagipun biarlah dia (anak) hadap sebab dunia ni keras. Kalau manjakan sangat nanti macam-macam lagi dia kena hadap di masa hadapan. Selagi dia tak ada rasa sakit, lebam atau luka mungkin tu gurauan kawan-kawan.’
Bagaimanapun, Wawa menegaskan dia tidak boleh lagi berdiam diri apabila terdapat dakwaan yang tidak benar tentang anaknya.
Tapi hari ini, bila anak saya cerita dia dituduh buat sesuatu yang dia tak buat, saya rasa saya sudah tak boleh diam!
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mencadangkan kepada Wawa agar segera mengambil tindakan dengan melibatkan guru serta pihak sekolah sebelum perkara tidak diingini berlaku.
Sumber: Threads
The post Wawa Zainal Dakwa Anak Ditumbuk & Tangan Dipulas Rakan – ‘Sekarang Dia Dituduh Pula..Saya Tak Boleh Diam!’ first appeared on OHBULAN!.





