Pelakon, Intan Najuwa berkongsi minatnya terhadap dekorasi rumah yang menjadi antara aktiviti kegemarannya ketika menghabiskan masa bersama keluarga.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Kembali Berlakon Selepas Tiga Tahun Berehat – ‘Rasa Agak Gementar Tetapi Sangat Teruja’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Terima Ugutan Bunuh, Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang – ‘Saya Dah Cukup Bersabar’
Menghias rumah
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata dia gemar menghias kediaman dengan sentuhan tersendiri bagi mewujudkan suasana yang menyenangkan.
Menurutnya, minat itu lebih tertumpu pada bilik anak-anak yang menjadi antara ruang istimewa buatnya.
Saya suka menghabiskan masa menghias rumah dan menjadikan setiap sudut kecil terasa seperti rumah sendiri.
Terutamanya bilik anak-anak saya.
Dalam pada itu, pelakon drama Racun Rihanna itu turut menyifatkan rumah yang selesa sebagai antara perkara yang membawa kebahagiaan buat dirinya dan keluarga.
Tiada yang lebih membahagiakan saya selain mewujudkan rumah yang selesa, tempat suami dan anak-anak suka meluangkan masa bersama.
Sekarang, saya nak lihat pula inspirasi rumah korang!
Sekadar info, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Dato’ Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, iaitu Imane Lunara dan Imane Laudya.
Sumber: Threads
The post Intan Najuwa Gemar Dekorasi Rumah, Utamakan Keselesaan Keluarga – ‘Nak Tempat Selesa Untuk Suami & Anak’ first appeared on OHBULAN!.





