Pelako Nadia Brian berpendapat golongan wanita khususnya anak seni tidak seharusnya takut untuk bersuara sekiranya berdepan gangguan seksual ketika menjalani penggambaran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Takut Watak Penyondol Jadi Badi, Nadia Brian Terbuka Bawa Karakter Berbeza – ‘Saya Nak Biopik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadia Brian Kecewa Isu Pementasan Teater ‘This Is Malaysia’ – ‘Ia Meninggalkan Kesan Buat Saya Sebagai Rakyat’
Terus bersuara

Ketika ditemui , Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata, setiap individu tidak sepatutnya membiarkan ketakutan kehilangan tawaran berlakon menjadi alasan untuk berdiam diri.
Menurut Nadia, rezeki dalam industri seni sangat luas dan tidak seharusnya menganggap peluang untuk terus bekerja hanya bergantung kepada satu pihak.
Pada saya, buat apa nak takut untuk bersuara kalau betul perkara yang tak baik itu terjadi.
Awak kena bersuara dengan mempertahankan diri sendiri.
Jangan diam sebab takut tak dapat tawaran berlakon.
Dalam industri ini, rezeki sangat luas. Kalau ada apa-apa berlaku dalam set, terus buat laporan.
Bila awak tak bertindak, perkara sebegini akan berlarutan.
Nadia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Telefilem Like & Latte yang berlangsung di Eleventea, Wangsa Maju baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nadia menzahirkan rasa syukur kerana sepanjang penglibatan dalam industri seni, dia tidak pernah berdepan sebarang gangguan seksual ketika berada di set penggambaran.
Tapi setakat ini Alhamdulillah, saya tidak pernah berdepan dengan apa-apa gangguan seksual di set.
Semua profesional.
The post [VIDEO] ‘Jangan Diam Sebab Takut Tak Dapat Tawaran Berlakon’ – Nadia Brian first appeared on OHBULAN!.





