Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay mendedahkan pernah menjadi mangsa buli ketika dibangku sekolah.
Artikel Berkaitan: Mata Redup Ketika Makan Undang Perhatian, Liyana Jasmay ‘Belanja’ Video ‘Close Up’
Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Tegur Content Creator, Selamba Buat Reviu Kutuk Filem Tempatan – ‘Sebab Nak Engagement Tinggi, Sangat Basi!’
Pengalaman sendiri

Ketika ditemui , Liyana bagaimanapun tidak berdiam diri semasa mengalami kejadian tersebut dan meminta pertolongan daripada kakaknya.
Saya pernah dipukul dan kena tarik rambut oleh pelajar senior ketika di tingkatan satu. Tapi kita kena kuat untuk lawan balik sebab saya rasa ia perlu.
Saya juga hubungi kakak yang berada di sekolah sama dan dia datang membantu.
Justeru, aktres berusia 37 tahun itu mahu menerapkan elemen tersebut di dalam karya yang dihasilkannya.
Tetapi buli itu memang ada.
Sifat cemburu yang ada pada orang perempuan ini sebenarnya boleh membahayakan tapi ramai yang tak sedar. Bila ada perkara terjadi baru orang akan tahu. Macam-macam boleh terjadi.
Ini adalah antara elemen yang saya nak tekankan dan pupuk supaya emosi marah itu tidak disalurkan ke tempat yang tidak sepatutnya.
Liyana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Putri & Phrince di Pavilion Bukit Bintang pada Rabu.
Pendedahan terhadap anak-anak
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, sebagai seorang ibu, Liyana akui terkesan dengan isu buli yang kian menjadi-jadi di negara ini maka dia akan sering memberi pendedahan mengenainya terhadap anak-anak.
Saya memiliki dua orang anak perempuan dan sudah semestinya isu ini memberi kesan kepada saya.
Kita tidak akan pernah jangka perkara apa yang bakal berlaku dan kita tidak selalu berada bersama mereka. Jadi, saya perlu terbuka berkongsi tentang perkara ini dengan anak-anak.
Selain itu, Liyana juga sering berkomunikasi bersama guru-guru bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Saya akan kerap menghubungi guru, begitu juga mereka andai anak-anak ada sebarang masalah di sekolah.
Sekadar info, Liyana merupakan mengarah bagi drama Putri & Phrince yang turut menampilkan barisan pelakon iaitu Nesa Idrus, Badron Munirah, Fara Nadiah, Nik Rifaie, Khayrishah Kemal, Farihin Arnia dan Adriana Adnan.
Drama bersiri itu akan mula tayangkan di platform penstriman Viu Malaysia bermula hari ini.
The post ‘Saya Pernah Dipukul & Kena Tarik Rambut Dengan Senior Sekolah’ – Liyana Jasmay first appeared on OHBULAN!.





