27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jurulatih Aina Abdul Tempelak Afdlin Shauki – ‘Ada Beza Antara Melawak Dengan Kata-Kata Tidak Beradab’

    Shopee Sale

    Jurulatih Prabhu tampil bersuara mempertahankan penyanyi Aina Abdul selepas menjadi bahan jenaka pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ketika Itu Saya Fikir Ramai Yang Gembira Melihat Saya Kalah’ – Aina Abdul

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Terima Sokongan Sebesar Ini, Terima Kasih Semua’ – Aina Abdul

    Teguran buat Afdlin Shauki

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Prabhu akui menyaksikan perjalanan kerjaya penyanyi berusia 33 tahun itu sejak 2022.

    Menurut Prabhu, dia menyifatkan Aina seorang penyanyi luar biasa dan segala kerja keras yang dicurahkan tidak sepatutnya dipandang rendah hanya kerana kata-kata sinis segelintir pihak.

    Saya merupakan jurulatih Aina Abdul sejak 2022. Saya menyaksikan sendiri perjalanan kariernya, melihat bagaimana dia berkembang dan menjadi penyanyi seperti hari ini.

    Aina merupakan seorang penyanyi yang luar biasa dan kata-kata sinis daripada sesiapa pun tidak akan dapat menafikan segala usaha serta kerja keras yang telah dicurahkan untuk mengasah bakatnya.

    Dalam pada itu, Prabhu berpendapat bahawa seseorang yang bergelar pelawak tidak seharusnya menjadikan profesion tersebut sebagai alasan untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak menghormati orang lain.

    Menjadi seorang pelawak bukan bermakna seseorang itu boleh bersikap biadab atau tidak menghormati orang lain.

    Ada perbezaan antara melawak untuk mencuit hati dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak beradab.

    Imbas kembali, nama Aina menjadi perhatian ramai selepas Afdlin yang bertindak sebagai pengacara FFM35 membuat jenaka mengenai penampilan penyanyi tersebut ketika mengendalikan acara berkenaan.

    MENARIK:  ‘Sekiranya Dapat Tawaran Lagi, Saya Guna Nama IQ Dinzly’ – Iqram Dinzly

    Menerusi gurauan itu, Afdlin meminta individu yang memakai pakaian seakan busana Aina supaya duduk di bahagian belakang dewan kerana dikatakan boleh menghalang pandangan.

    Gurauan tersebut bagaimanapun mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen, terutama peminat Aina Abdul yang berpendapat penampilan penyanyi itu tidak sepatutnya dijadikan bahan sindiran.

    Untuk rekod, FFM35 berlangsung di Istana Budaya dan menyaksikan Afdlin bergandingan bersama pelakon Amelia Henderson sebagai pengacara majlis.

    Sumber: Threads

    The post Jurulatih Aina Abdul Tempelak Afdlin Shauki – ‘Ada Beza Antara Melawak Dengan Kata-Kata Tidak Beradab’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah