Personaliti media sosial Dahlia Rizal menerima hakikat bahawa terdapat beberapa perubahan pada tubuh badan selepas melalui fasa kehamilan.
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Perjelas Dakwaan Ditinggalkan Imran Aqil Ketika Berpantang, Mohon Isu Tak Dipanjangkan – ‘Ada Yang DM Minta Saya Bercerai’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Akui Daki Gunung Semasa Isteri Berpantang, Dedah Emosi Dahlia Rizal Tak Stabil – ‘Dia Rasa Meroyan Sampai..’
Perubahan tubuh selepas bersalin

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Dahlia, 24, berpendapat kebanyakan bahagian tubuh badan boleh kembali seperti sebelum hamil sekiranya dijaga dengan baik.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Imran Aqil itu menyedari terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dipulihkan sepenuhnya walaupun pelbagai usaha dilakukan.
Sekarang ni saya dah mula terima hakikat bahawa kebanyakan bahagian tubuh badan kita sebenarnya boleh kembali seperti sebelum hamil, asalkan kita jaga diri dengan baik.
Tapi ada beberapa perkara yang memang tidak akan dapat kembali seperti dulu.
Tambah Dahlia, keadaan tersebut hanya boleh diubah sekiranya seseorang memilih jalan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Sejauh mana pun kita cuba buat, ada benda yang memang tak boleh kembali seperti asal, melainkan kita memilih cara yang haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Saya bercakap dari sudut cara yang halal sahaja.
Sumber: Threads
The post Dahlia Rizal Terima Hakikat Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin – ‘Melainkan Kalau Pilih Cara Haram’ first appeared on OHBULAN!.





