Pelakon Julia Farhana berkongsi pengalaman ketika meninggalkan rumah selepas berpisah dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz dalam keadaan sehelai sepinggang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Hakimi Saya, Doa Yang Baik-Baik’ – Julia Farhana Respon Isu Buka Tudung
Artikel Berkaitan: ‘Selfie’ Julia Farhana Berkemban Curi Perhatian, Netizen Titip Doa
Momen Julia Farhana keluar dari rumah
View this post on Instagram
Menerusi podcast The Fitting Room, pemilik nama Julia Farhana Marin mendedahkan ketika itu dia hanya sempat membawa beg tangannya ketika meninggalkan rumah.
Selain itu, dia turut keluar dengan hanya pakaian yang sedang dipakai serta sepasang kasut tanpa sempat membawa barangan peribadi yang lain.
Saya dah berpisah dengan suami dan sekarang kami sedang dalam proses perceraian. Saya keluar dari rumah hanya dengan membawa sebuah beg tangan yang berisi barang-barang penting seperti kad pengenalan.
Saya terlupa bawa pasport tapi akhirnya saya dapat juga pasport itu, pembantu saya ambilkan di rumah.
Saya memang keluar dengan apa yang saya pakai ketika itu sahaja. Hanya sepasang kasut.
Selepas meninggalkan kediaman tersebut, Julia mengakui dia tidak lagi bertemu suaminya atau menjejakkan kaki ke rumah berkenaan.
Sejak hari itu, saya tak pernah jumpa dia lagi dan tak pernah kembali ke rumah tersebut. Saya pun tak tahu di mana kunci rumah itu sekarang.
Jadi, semua barang yang saya bawa hari ini memang barang baharu. Pakaian yang saya pakai ini pun sebenarnya hadiah daripada kawan-kawan.
Dalam pada itu, Julia menjelaskan dia kini memberi tumpuan kepada usaha mencari kediaman baharu dan membina semula kehidupannya.
Sepanjang tahun ini, saya hanya pakai pakaian yang sama sebab memang tak ada pakaian lain.
Saya belum pergi membeli-belah lagi. Jangan risau, saya ada duit. Cuma buat masa sekarang, itu bukan keutamaan saya.
Ada perkara lebih penting yang perlu saya dahulukan, seperti mencari rumah baharu dan memulakan semula kehidupan dari kosong.
Sebelum ini, Julia mendedahkan bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum.
Untuk rekod, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022.
Sebelum ini, Dr Che Hafiz pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 sebelum bercerai pada 17 Jun 2020.
Sumber: The Fitting Room Podcast
The post Julia Farhana Tinggalkan Rumah Sehelai Sepinggang Selepas Berpisah Dengan Suami – ‘Hanya Bawa Beg Tangan, Kad Pengenalan’ first appeared on OHBULAN!.





