29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video: Syatilla Melvin Menguji Keberanian Individu Meminta Bermadu – ‘Ambillah Risiko, Persiapkan Air Panas’

    Shopee Sale



    minta madu syatilla

    Sejak kebelakangan ini, pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin sering berinteraksi bersama pengikutnya di media sosial.

    Berani tanya soalan

    minta madu syatilla

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin dilihat sedang mempromosikan produk jenamanya sendiri.

    Tanpa disangka-sangka, seorang individu menyatakan hasrat untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya iaitu aktor kacak, Shaheizy Sam.

    Bolehkah saya jadi madu awak?

    Dalam nada geram, aktres ini kemudian menjawab pertanyaan individu berkenaan.

    Awak datang la dulu, kalau boleh rasa kena air panas.

    Saya okay je, kalau simbah-simbah air panas tu macam tak lut..tak senget muka, boleh. Datanglah sini.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat reaksi pelakon berusia 33 tahun itu.

    Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang kurang senang dengan individu berkenaan kerana mengajukan soalan yang tidak sesuai terhadap seorang wanita yang bergelar isteri meskipun hanya berjenaka.

    Beraninya dia bagi soalan macam tu.

    Tak malunya jadi perempuan nak cakap macam tu walaupun bergurau.

    Siapa berani dengan Syatilla, jangan cabar dia. Beli produk bukan lebih-lebih nak ambil kebahagiaan orang.

    Sekadar info, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, Sarima Samhiezy, dan Salama Samheizy.

    MENARIK:  Komen kontroversi Atu Zero: Wanita Diuji Lebih Banyak Daripada Lelaki?
    " data-video-id="7341665359440792840" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
    @nrqylaa27

    #syatillamelvin #themelvins #syatillamelvinlive

    ? bunyi asal – qylaa – qylaa

     

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah