
Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal berkongsi video latihan nyanyian vokal selepas netizen mendakwa dirinya tidak pandai menyanyi.
Bukti pandai menyanyi

Menerusi muat naik di TikTok, pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal dilihat berlatih menyanyi lagu raya popular seperti Nazam Lebaran dan juga lagu miliknya, Raya Pum Pang.
Video berdurasi 54 saat itu dikongsi selepas segelintir netizen bertindak mengatakan selebriti berusia 24 tahun itu tidak boleh menyanyi.
Dakwaan itu dibuat selepas Syasya melakukan Karaoka Challenge menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita bersama artis lain seperti Nuha Bahrin, Irfan Haris dan ramai lagi.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji bakat Syasya dalam nyanyian dan mengharapkan wanita itu melakukan full cover untuk lagu raya.
Segelintir mereka juga turut menyatakan rasa rindu terhadap nyanyian Syasya.





