Pelakon Datin Intan Najuwa menegaskan bahawa hantaran-hantaran mengenai kehidupan mewah yang dipaparkan di media sosial hanyalah sekadar perkongsian dengan warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Ambil Ramai Pembantu, Netizen Risau Anak Tak Kenal Ibu – ‘Imane Lunara Bijak, Tahu Mana Satu Mak Dia’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’
Sebagai inspirasi
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata, dia sama sekali tidak berniat untuk menayang kesenangan yang dimiliki tetapi hanya mahu memberi inspirasi kepada pengikutnya.
Apa yang saya muat naik di akaun media sosial itu untuk menggembirakan diri sendiri dan cara untuk berinteraksi dengan pengikut.
Saya memang kongsi perkembangan dan aktiviti kehidupan di media sosial dari sebelum kahwin supaya jadi inspirasi kepada orang luar dan mahu orang tengok semuanya dari sudut yang baik dan positif.
Janganlah ambil perkara itu sebab saya nak ‘show off’ kerana itu memang aktiviti sebenar saya sebagai isteri dan ibu di rumah. Ia bukan lakonan seperti buat-buat tolak ‘stroller’ (kereta sorong bayi) dan sebagainya.
Dalam pada itu, aktres berusia 28 tahun tersebut memberitahu bahawa suaminya mengupah jururawat peribadi adalah untuk membantu dirinya menguruskan cahaya mata mereka.
Alhamdulillah, suami sediakan jururawat untuk anak. Mungkin suami hendak memudahkan urusan saya sebab saya paranoid dan mungkin suami berasa benda itu boleh tenangkan isterinya ini.
Niat saya sama macam ibu-ibu di luar sana yang mahukan yang terbaik untuk anak dan saya akan bagi yang terbaik apa yang saya boleh.
Tapi jangan rasa bila tiada pengasuh anda berasa diri kurang sebagai ibu kerana ia rezeki masing-masing dan setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka.
Intan berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bersama Yayasan Nurjiwa X Inayah Beauty yang berlangsung di Ideas Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Komen negatif

Meskipun sering dihujani dengan pelbagai reaksi daripada warganet tentang kehidupannya, namun pelakon kecil molek ini tidak mengambil pusing tentang komen negatif yang dilemparkan.
Saya memang mengikuti perkembangan semasa di media sosial dan sudah biasa bila orang kecam. Tapi itulah yang baik kita ambil dan yang tak baik kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Untuk menjadi seorang yang tenang dan gembira, kita tak perlu fikir tentang ‘haters‘ dan kritikan yang tak baik sebab sekarang ini, saya hanya fokus benda-benda yang baik dan positif.
Sebelum ini, saya jawab semua komen netizen bukan dalam keadaan yang marah tapi saya hanya bergurau dengan mereka. Kalau orang marah kita jawab balik, kita sama sahaja dengan mereka.
Sekadar info, Intan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.
The post Intan Najuwa Papar Kehidupan Mewah Bukan Niat Untuk ‘Show Off’ – ‘Saya Kongsi Supaya Jadi Inspirasi’ first appeared on OHBULAN!.





