29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syafiq Kyle Beli Lamborghini Aventador SVJ? Netizen Respon; ‘Rezeki Kahwin’

    Shopee Sale

    Nama Syafiq Kyle hangat diperkatakan apabila tular sebuah video yang memaparkan aktor kacak itu bergambar bersama sebuah Lamborghini SVJ berwarna biru.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Dedah Mimi Lana Dah Lama Idam Nak Anak Kembar – ‘Doakan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Tak Lepas Peluk Syafiq Kyle Di ‘Wedding’ Eyka Farhana, Netizen Berseloroh – ‘Ya Tahu, Kami Tak Ambil Suami Awak’

    Bukan promote kedai

    Video tersebut, yang dimuat naik menerusi akaun TikTok King Of Records, telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen, yang rata-rata tertanya-tanya sama ada kereta mewah itu benar-benar milik Syafiq, 33.

    Menjawab persoalan tersebut, seorang penjual kereta mewah terpakai (recon) tampil mengesahkan bahawa Syafiq Kyle, atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, memang telah membeli kereta berkenaan.

    Promote kedai atau dia beli Lambo itu? tanya netizen bernama Amin Ahmad.

    Dia beli abang, jawab King Of Records.

    Dalam pada itu, ramai warganet turut meluahkan rasa kagum dan bangga atas pencapaian Syafiq selain ada yang menyifatkan pembelian itu sebagai ‘rezeki selepas berkahwin’ dengan aktres Mimi Lana.

    MENARIK:  Jumpa Rangka Bapa Di Rumah, Rupanya Anak-Anak Didakwa Tak Setuju Arwah Kahwin Lain? – ‘Isteri Baru Kikis Duit & Lari Balik Indonesia’

    Sementara itu, usaha untuk mendapatkan komen daripada pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga tidak berjaya apabila mesej yang dihantar tidak dibalas.

    Untuk rekod, Lamborghini Aventador SVJ merupakan antara model paling mewah dan berprestasi tinggi dalam siri Aventador, dengan nilai mencecah jutaan ringgit sekaligus menjadikan pemiliknya antara golongan elit peminat kereta super.

    Terdahulu, Syafiq dan Mimi sah bergelar suami isteri selepas selamat disatukan di sebuah ruang acara di Taiping, Perak pada 14 Februari 2025.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Syafiq Kyle Beli Lamborghini Aventador SVJ? Netizen Respon; ‘Rezeki Kahwin’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah