29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jumpa Rangka Bapa Di Rumah, Rupanya Anak-Anak Didakwa Tak Setuju Arwah Kahwin Lain? – ‘Isteri Baru Kikis Duit & Lari Balik Indonesia’

    Shopee Sale



    Hasrat seorang anak lelaki untuk bertemu bapanya bertukar tragis susulan penemuan rangka manusia di sebuah rumah di Kepong, Kuala Lumpur.

    Rangka bapa dalam rumah

    mayat 2323

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak mangsa selepas dia pergi ke kediaman itu untuk berjumpa dengan ayahnya.

    Semakan lanjut mendapati lelaki warga emas berusia 74 tahun itu tinggal berseorangan selepas bercerai dengan isterinya.

    Sementara menerusi platfrom X, seorang lelaki mendakwa mangsa yang kematian isteri itu didakwa telah berkahwin dengan seorang wanita Indonesia.

    Isteri baru ni kikis duit arwah dan lari pulang ke Indonesia. Malah buat rumah baru di Indonesia. Anak-anak tak setuju dia kahwin dengan wanita itu dan arwah menjauhkan diri dengan anak-anak. Rumah tu anak-anak yang belikan.

    Menurut sumber, kali terakhir arwah dilihat di pejabat Badan Pengurusan Bersama (JMB) pada September 2021 untuk membayar bil.

    Anak ada datang ke rumah ayahnya beberapa kali tetapi berkunci rapat. Ada yang percaya, dia pergi cari isteri ke Indonesia. Tapi mereka fikir ayahnya dah bercerai.

    Hinggalah 5 September 2024, anak buat keputusan pecah pintu. Baru sedar ayahnya meninggal dunia.

    Yang anehnya, arwah meninggal dah 3 tahun, tapi mayat tak busuk. Jiran-jiran pun tidak bau. Mungkin kerana arwah orang alim, mengajar Quran dijaga Allah.

    Difahamkan, selain merupakan mudir (guru besar) di Kelas Tahfidz, arwah juga dikatakan mengajar kanak-kanak di Masjid Kepong mengaji.

    MENARIK:  Momen Siti Nurhaliza Santuni Peminat Istimewa Tular, Raih Pujian Ramai

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah