Penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid mengambil pendekatan untuk tidak mengulas berkenaan isu tuntutan royalti lagu hits nyanyiannya iaitu Sinaran.
Artikel Berkaitan: ‘Lagu Sinaran Berkumandang Merata Tempat, Arwah Johan Nawawi Dapat RM60 Je’ – Nora Ariffin
Artikel Berkaitan: Sheila Majid Tak Akan Ubah Wajah – ‘Saya Takut Pada Tuhan’
Enggan ulas
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Sheila atau nama lengkapnya Shaheila Abdul Majid, 60, menegaskan beliau tidak berkait dengan isu royalti lagu ciptaan Allahyarham Johan Nawawi yang dibangkitkan oleh balunya yang juga penyanyi Datuk Nora Ariffin itu.
Saya rasa tak perlu untuk komen, perkara ini pun sudah lepas dan sudah selesai.
Persoalan itu pun tidak ditujukan kepada saya, ia ditujukan kepada syarikat penerbitan.
Jadi tak perlu kita nak panjang-panjangkan dan sensasikannya.
Sheila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya yang berjudul Moving On yang berlangsung di Pavilion Damansara Heights pada Rabu.
Bukan tentang Sheila

Pelantun lagu Antara Anyer Dan Jakarta itu juga bertegas untuk tidak mahu memberikan respon yang berlebihan kerana dirinya tidak babit dengan permasalahan tersebut.
Apabila keluar artikel berkenaan isu itu, saya tahu ia bukannya tentang saya. Tak ada kena mengena dengan saya. Jadi tiada sebab untuk saya ‘triggered’ dengan isu ini.
Apa sahaja salah faham yang berlaku itu antara mereka, sudah berjaya diselesaikan dan kita tak perlu lagi komen tentang itu.
Terdahulu, Nora mendakwa arwah Johan menerima bayaran yang tidak setimpal untuk lagu tersebut iaitu hanya RM60 meskipun dia adalah penulis liriknya.
Bagaimanapun, Nora menjelaskan tuntutan tersebut tidak berkaitan dengan Sheila atau konsertnya yang bakal berlangsung 8 November depan.
Untuk info, Sinaran adalah lagu ciptaan Datuk Adnan Abu Hassan dan Johan yang dihasilkan pada tahun 1986.
Lagu berkenaan juga dimuatkan di dalam album Emosi dan menjadi antara lagu yang popular dendangan Sheila.
The post [VIDEO] Sheila Majid Enggan Ulas Isu Lagu Sinaran – ‘Bukan Ditujukan Kepada Saya, Tapi Syarikat Penerbitan’ first appeared on OHBULAN!.





