25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Scha Alyahya Bagi Ganjaran RM20, Lara Alana Gembira Nikmati Berpuasa

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya berkongsi cara tersendiri dalam mendidik anak sulungnya, Lara Alana untuk menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan.

    Artikel Berkaitan: ‘Anak Perempuan Semakin Besar, Sudah Tentu Ada Batasan Yang Perlu Dijaga’ – Scha Alyahya

    Artikel Berkaitan: ‘Jenama Milik Saya, Ayaaya Dibiayai Dengan Usaha & Dana Sendiri’ – Scha Alyahya

    Motivasi kecil

    Ketika ditemui , Scha, 43, mendedahkan dia menawarkan ganjaran RM20 sehari sebagai dorongan agar anaknya lebih bersemangat berpuasa.

    Kata Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al Yahya, pemberian ganjaran tersebut hanyalah sebagai motivasi kecil bagi kanak-kanak supaya lebih teruja untuk mencuba sesuatu yang mencabar seperti berpuasa.

    Saya janji beri RM20 sehari kalau dia berjaya puasa penuh.

    Biasalah, bila anak buat sesuatu perkara sukar, kita bagi ganjaran sebagai galakan.

    Tetapi bila dia berjaya puasa penuh, dia langsung tak ingat pun tentang RM20 itu.

    Sebelum ini saya bawa dia bercuti sebagai ganti kerana kebetulan waktu itu hampir dengan sambutan hari jadi Lara.

    Tambah isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu, tahun ini merupakan kali ketiga anak sulung mereka, Lara Alana, berjaya berpuasa penuh sepanjang Ramadan.

    Scha turut meluahkan rasa kagum melihat keterujaan Lara setiap kali tiba bulan mulia itu.

    Ini tahun ketiga Lara berpuasa penuh dan setiap kali Ramadan dia sangat teruja.

    Bila saya tanya kenapa dia suka berpuasa, dia sendiri tak tahu.

    Katanya cuma seronok untuk berpuasa.

    Saya harap tahun ini pun semuanya berjalan lancar supaya dia dapat terus berpuasa penuh.

    Scha berkata demikian ketika ditemui pada majlis Amber Lux Meet & Greet with Scha Alyahya dan Hael Husaini, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Siti Nurhaliza Dipuji Sebutan Jelas Nyanyi Lagu Mandarin, Anggap Satu Penghormatan Dalam Karier Nyanyian

    Lara suka pencuci mulut

    Berkongsi telatah anaknya sepanjang Ramadan, Scha berkata Lara sering membuat pelbagai permintaan makanan, terutamanya pencuci mulut kepada Awal yang suka melayan.

    Dia memang selalu ada permintaan.

    Kebanyakannya pencuci mulut tetapi saya tak pandai buat.

    Kalau dia nampak saya cuma masak nasi biasa, dia akan buat muka sedikit sebab dia memang suka makanan manis.

    Selalunya Awal yang akan melayan permintaan itu.

    Hampir setiap hari ada saja permintaan Lara dan Awal akan cuba penuhi.

    Dalam masa sama, Scha mengakui anak keduanya, Lyla Amina masih belum dilatih untuk berpuasa memandangkan usianya yang masih kecil.

    Lyla awal-awal sudah beritahu saya puasa bukan untuk dia sebab dia masih bayi.

    Saya pun terkejut bila dengar dia cakap begitu.

    Ketegasan itu buat saya risau juga bila tiba masa nak latih dia berpuasa nanti.

    The post [VIDEO] Scha Alyahya Bagi Ganjaran RM20, Lara Alana Gembira Nikmati Berpuasa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah