27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Terkejut! Artis Tulis Nama Dekat Botol Air Masing-Masing, Mereka Kata Banyak Kena Santau & Sihir’ – PU Rahmat

    Shopee Sale



    sihir artis

    Sihir merupakan perbuatan yang ditegah dalam Islam kerana ianya tergolong di dalam dosa besar.

    Bagaimanapun, masih ada yang mengamalkannya termasuk yang berada di dalam industri hiburan tempatan.

    Benar-benar terjadi

    " data-video-id="7382482370722680072" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @sembangkopiahterbang

    Santau sesama artis? #langkastudio #sembangkopiahterbang #podcastmalaysia #santau #mawiworld

    ? Suspense, horror, piano and music box – takaya

    Menerusi podcast Sembang Kopiah Terbang, PU Rahmat Ikhsan berkongsi pengalamannya menyertai sebuah program bersama rakan-rakan artis.

    Pendakwah itu kemudian berasa terkejut apabila melihat kebanyakkan selebriti tersebut bertindak menulis nama pada botol air masing-masing sebagai langkah untuk mengelak daripada disihir.

    Ketika itu saya terlibat dengan program yang ada ramai artis. Saya terkejut bila semua artis tulis nama dekat botol air mineral masing-masing.

    Kalau botol tu terbuka mereka takkan minum. Mereka kata, banyak yang kena santau dan disihir antara sama-sama artis.

    Mereka yang dalam industri kata, benda ini memang benar terjadi.

    Menurut PU Rahmat, terdapat krew di sebalik tabir mendedahkan bahawa barang-barang mistik juga turut dijumpai ketika program berskala besar berlangsung.

    Ada juga yang saya baca di media sosial, perkongsian oleh krew yang terlibat dengan pentas-pentas besar. Mereka kata bawah pentas tu jumpa macam-macam..jumpa benda bergulung.

    Memang berlaku di dalam industri, ada yang nak kenakan kawan-kawan.

    Dalam pada itu, penyanyi dan penyampai radio, Mawi yang dijemput ke podcast tersebut bersetuju dengan kenyataan PU Rahmat.

    Betul, memang terjadi. Pengurus saya, dia memang sentiasa akan bawa air untuk saya.

    Air lain yang orang bagi memang dia akan ‘tapis’ dulu.

    MENARIK:  Wanita Nekad Batal Majlis Kahwin, Tinggal Bakal Suami Dianggap Kedekut – ‘Dia Nak Bagi Nafkah Yang Wajib Saja’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah