32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Bukan Kerana Saya, Lagu Kamu, Lemah & Nurcinta Takkan Ke Final AJL40’

    Shopee Sale

    Selebriti versatil, Kelly Azman meluahkan rasa bangga apabila lagu Kamu (Aina Abdul), Lemah (Dayang Nurfaizah) dan Nurcinta (Amir Masdi) berjaya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

    Artikel Berkaitan: ‘Lagu Top 20 AJL40 Separuh Akhir Mempunyai Jarak Markah Yang Sangat Tipis’ – Ketua Juri

    Kelly berkata, sebagai individu yang pernah menghasilkan video parodi dan nyanyian semula lagu-lagu tersebut, dia sudah menjangka karya berkenaan mempunyai kualiti serta berpotensi besar untuk bersaing di pentas berprestij itu.

    Video parodi yang saya nyanyikan semula atau cover lagu Kamu, Lemah dan Nurcinta itu sebenarnya video lama. Semua klip itu disiarkan tahun lalu. Sebab saya yakin lagu-lagu ini yang terbaik dan layak ke AJL40.

    Saya juga tumpang gembira dengan kejayaan tiga penyanyi asal lagu tersebut iaitu Aina Abdul, Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi. Sebagai pencinta muzik, saya sangat menghargai semua karya yang ada termasuk tiga lagu itu.

    Saya sudah jangka tiga lagu ini layak ke pentas AJL40. Sama juga seperti tahun lalu, saya cover lagu Nadeera berjudul Bukan Lagi Kita. Saya yakin lagu itu layak dan alhamdulillah memang layak, malah menang tempat kedua.

    Tumpang bangga apabila video cover saya yang telah berhabis ribuan ringgit membuahkan hasil. Macam lagu video cover lagu Kamu saya buat penggambaran di Jakarta, Indonesia.

    Kelly berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya dan Rumah Terbuka JessC yang berlangsung di Shah Alam, baru-baru ini.

    MENARIK:  Aedy Ashraf Belajar ‘Martial Art’ Untuk Pertahan Diri, Kongsi Pengalaman Dibuli Rakan Sekolah – ‘Hari-Hari Dia Minta Saya RM2’

    Walaupun optimis dengan peluang ketiga-tiga lagu tersebut, Kelly mengakui segala keputusan tetap terletak di tangan juri profesional yang lebih berpengalaman dalam menilai kualiti sesebuah karya.

    Tetapi saya hanya meramalkan sahaja, segalanya bergantung di tangan barisan juri profesional. Mereka lebih layak untuk menilai sesebuah karya itu. Saya bukan juri, saya mewakili netizen di luar sana.

    Dalam pada itu, Kelly turut berkongsi pengalaman berdepan komen sinis netizen terhadap video cover yang dihasilkannya, namun memilih untuk tidak mengambil hati dengan kritikan tersebut.

    Tak baik yang komen nakal-nakal di ruangan balas video saya. Ada yang kata nak tenggelamkan saya dalam air, ada yang suruh saya ganti Aina Abdul.

    Tapi kalau tiba-tiba Dayang, Aina atau Amir panggil saya suruh muncul sebagai cameo di AJL40 nanti, takkan saya nak jawab tidak. Mestilah nak.

    Namun, tidak saya nafikan, kejayaan lagu-lagu itu sedikit sebanyak dibantu oleh video cover saya. Selepas saya cover, lagu itu semakin meletop.

    Malah, ada yang fikir, Nurcinta itu lagu saya, kata saya penyanyi asal Nurcinta. Kalau bukan kerana saya, tidak akan ke final AJL40 semua lagu-lagu itu.

    The post ‘Kalau Bukan Kerana Saya, Lagu Kamu, Lemah & Nurcinta Takkan Ke Final AJL40’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah