Seorang wanita nekad untuk tidak meneruskan lagi hubungan dengan bakal suami sebelum menyesal di kemudian hari.
Artikel Berkaitan: Aleeya Zailan Dedah Hampir Batal Kahwin, Bigboss Kantoi Menggatal – ‘Dia Sanggup Jemput Pramugari’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Batal Kahwin Dengan Lelaki Lain, Nikah Dengan Aiman Tak Kesah Di Thailand
Bakal suami kedekut

Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu yang dikenali sebagai Wawa Helin memuji tindakan anak saudaranya yang berani membuat keputusan besar dengan membatalkan niat untuk berumah tangga.
Menurut Wawa, bakal suami anak saudaranya itu bertegas untuk menyediakan nafkah yang wajib dalam Islam sahaja.
Semalam sepatutnya anak buah aku kahwin.
Tapi dia batalkan majlis. Bukan last minit tapi sebelum mula buat jemputan.
Sebabnya bakal suami hanya akan sediakan nafkah yang wajib dalam Islam.
Makan, tempat tinggal dan pakaian. Duit dia tak mahu bagi sebab tidak wajib bagi katanya.
Ujarnya lanjut, anak saudaranya hanya berpendidikan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala lelaki tersebut merupakan pegawai kerajaan.
Broken family

Sekadar gambar hiasan
Dalam pada itu, Wawa berpendapat bahawa anak saudaranya nekad membuat keputusan tersebut kerana enggan bercerai seperti ibu bapanya.
Ada yang komen kata anak buah aku tak bersyukur. Anak buah aku dari broken family.
Mak ayah bercerai. Tak heran kenapa dia sangat berhati-hati. Dan satu lagi, anak buah aku cantik rupa dan akhlak.
Dia tak sambung belajar sebab bagi peluang pada adik-adik lain belajar tinggi.
Sumber: Threads @wawahelin
The post Wanita Nekad Batal Majlis Kahwin, Tinggal Bakal Suami Dianggap Kedekut – ‘Dia Nak Bagi Nafkah Yang Wajib Saja’ first appeared on OHBULAN!.





