25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Cuma Sokong Sebagai Anak’ – Dafi Enggan Campur Bidang Politik Bapa, Fokus Karier Seni

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Dafi tampil memberi respon berhubung isu bapanya, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berdepan dengan isu perundangan membabitkan wang tunai berjumlah lebih RM169 juta.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dafi Nafi Hidap Kanser Darah, Minta Doakan Kesihatan

    Artikel Berkaitan: Dafi Enggan Komen Isu Jovian Mandagie, Pilih Tidak Campur Hal Politik

    Dafi tak nak campur urusan politik bapa

    Ketika ditemui , Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 37, mengakui tidak pernah mencampuri urusan politik kerana menyedari ia bukan bidangnya.

    Saya memang tak pernah komen, jarang-jarang sangatlah nak bercakap pasal politik, tak pernah kot. Saya tak pernah babitkan diri saya dengan bidang itu sebab ada kesedaran diri, itu bukan bidang saya.

    Jadi siapa saya untuk bersuara? Daripada situ mungkin bila berlaku benda-benda macam ini, tidak sampai tahap yang membebankan sayalah. Semestinya sedikit sebanyak adalah orang yang kaitkan.

    Tambah Dafi lagi, dia juga melihat masyarakat kini semakin memahami pendiriannya sejak awal menceburi dunia seni, iaitu untuk tidak mengulas perkara di luar bidangnya.

    ‘Situasi itu tidak sampai efek ke saya’

    Meskipun isu tersebut tidak memberi kesan kepada kehidupannya, namun Pelantun lagu Bila Terasa Rindu ini berharap segala urusan berkaitan kes tersebut dapat diselesaikan secara baik.

    Saya harap semuanya dapat selesai dengan baik dan tenanglah kan. Dan harapnya keadaan akan kembali normal secepatnya. Tapi secara jujur, bukan cakap besar, situasi itu tidak sampai efek ke saya.

    Apa-apa hal, saya cuma sokong dia sebagai seorang anak. Itu saja saya punya peranan saya. Dia tak pernah menghalang untuk saya bersuara.

    Dafi turut menzahirkan penghargaan terhadap sokongan dan persepsi matang masyarakat yang memahami perbezaan antara kerjayanya dengan kedudukan bapanya dalam arena politik.

    Saya berterima kasihlah kepada orang dekat luar sana sebab masih ada rasa hormat dan faham yang itu bahagian kerja dia. Saya ada kerjaya sendiri dan tak patut kaitkanlah secara ‘direct’ selalu.

    Terdahulu, media melaporkan bahawa SPRM telah memfailkan permohonan pelucutan hak terhadap sejumlah wang tunai melebihi RM169 juta dalam pelbagai mata wang tempatan dan asing yang dikaitkan dengan Ismail Sabri.

    MENARIK:  Bapa Mentua Shukri Yahaya Meninggal Dunia – ‘Arwah Kembali Ke Rahmahtullah Pagi Ini’

    The post [VIDEO] ‘Saya Cuma Sokong Sebagai Anak’ – Dafi Enggan Campur Bidang Politik Bapa, Fokus Karier Seni first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah