33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Dakwa Sudah Tempah Dewan, Fattah Amin & Amira Othman Bakal Kahwin Tahun Ini?

    Shopee Sale

    Tiada angin tiada ribut, nama pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman kembali menjadi perhatian apabila didakwa bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Tak Pernah Tahu ‘Password’ Fattah Amin – ‘Telefon Dia Sudah Terbuka, Saya Cuma Tekan Slide’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Tolong Bawa Beg Amira Othman Sorot Perhatian Netizen – ‘Sweet Betul Rakan Sekerja Dia’

    Netizen dakwa Fattah bakal kahwin

    Seorang pengguna platform Threads dengan nama Kimchikims_ mendedahkan perkara itu dan mendakwa menerima maklumat berkenaan daripada sumber yang dipercayai.

    Info sahih kata Fattah Amin akan kahwin tak lama lagi.

    Meskipun tidak memetik nama pasangannya, tetapi netizen mula mengaitkan pelantun lagi Bila Nak Kahwin? itu sebagai bakal isteri Fattah.

    MENARIK:  Amsyar Lee Lawan ‘Stage Fright & Anxiety’ Demi Mendunia Di Sing! Asia

    Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa gembira dengan perkhabaran tersebut, malah ada yang mendakwa majlis berkenaan dijadual berlangsung pada tahun ini.

    Selain itu, timbul juga pendedahan bahawa pasangan tersebut dikatakan sudah membuat tempahan dewan untuk meraikan hari bahagia mereka.

    Bagaimanapun, menerusi tinjauan , hantaran tersebut telah dipadam oleh individu berkenaan.

    Sumber: Threads

    The post Netizen Dakwa Sudah Tempah Dewan, Fattah Amin & Amira Othman Bakal Kahwin Tahun Ini? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah