Drama sensasi Toksik Cinta kembali menjadi topik hangat selepas satu klip video terbaharu memaparkan sebuah adegan naskhah tersebut tular di TikTok.
Artikel Berkaitan: ‘Toksik Cinta’ Jadi Bualan, Disamakan Dengan Kisah Amber Heard & Johnny Depp
‘Amber Heard versi Malaysia’

Klip tersebut akhirnya mendedahkan watak Karmila bukanlah mangsa seperti yang disangka penonton, sebaliknya dia merupakan pemangsa sebenar dalam hubungan itu.
Sebelum ini, ramai penonton bersimpati terhadap watak Karmila yang digambarkan sebagai wanita lemah dan sering dianiaya pasangannya, Alfi.
Namun, klip yang tersebar baru-baru ini membongkar sisi gelap Karmila apabila dia sanggup mencederakan diri sendiri semata-mata untuk memanipulasi keadaan dan menuduh Alfi melakukan kekasaran.
Tindakan itu mencetuskan perdebatan di media sosial, malah netizen turut mengaitkan watak Karmila dengan selebriti luar negara yang pernah terpalit kontroversi serupa, sehingga digelar “Amber Heard versi Malaysia”.
Pendedahan mengejutkan ini bukan sahaja mengubah persepsi penonton terhadap Karmila, tetapi turut membuka topik mengenai manipulasi emosi dan penderaan psikologi yang berlaku dalam hubungan, tanpa mengira jantina.
Saksikan perjalanan penuh debaran ini dalam Tonton Original Series: Toksik Cinta, eksklusif di Tonton. Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy.
VIDEO
The post [VIDEO] Satu Malaysia Kena Tipu Dengan Karmila, Suka ‘Play Victim’ – ‘Wujud Perempuan Macam Ini, Kesian Suami Dia’ first appeared on OHBULAN!.





