30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Helikopter AS tembak kapal kargo Panama cuba ke Iran

    Shopee Sale

    Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Selasa melumpuhkan sistem kemudi sebuah kapal kargo berbendera Panama yang didakwa cuba melanggar sekatan tentera laut AS terhadap Iran dengan belayar menuju ke sebuah pelabuhan Iran, lapor Anadolu Ajansi.

    “Helikopter MH-60 Tentera Laut AS melancarkan dua peluru berpandu Hellfire ke bilik enjin Vela Nova selepas kru awam kapal itu mengabaikan amaran berulang kali daripada tentera AS,” menurut Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (Centcom) dalam satu kenyataan.

    Centcom mengesahkan kapal berkenaan tidak lagi meneruskan pelayaran ke Iran dan menegaskan sekatan maritim itu masih berkuat kuasa sepenuhnya.

    Setakat Selasa, Centcom mengubah haluan 55 kapal komersial yang cuba menembusi sekatan itu, melumpuhkan tiga kapal yang enggan mematuhi arahan serta menaiki dua kapal lain.

    MENARIK:  Majlis Aidilfitri tokong dilarang kerana isu ‘sensitiviti’, kata mufti

    Terdahulu pada Selasa, firma keselamatan maritim Vanguard memaklumkan Vela Nova terkena peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah helikopter ketika belayar ke arah barat merentasi Teluk Oman, kira-kira 71 batu nautika (131 kilometer) dari pantai Pakistan.

    “Peluru berpandu itu mengenai kapal berkenaan dan menyebabkan kebakaran yang kemudiannya berjaya dipadamkan,” menurut Vanguard.

    Firma itu turut memaklumkan kesemua 17 kru kapal berkenaan dikenal pasti berada dalam keadaan selamat.

    Menurut Wall Street Journal, selepas serangan itu, kapal berkenaan dilihat cuba memindahkan krunya ke sebuah lagi kapal awam

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah